Loca B Umum Berhenti Menyanyi, Mahu Fokus Besarkan Anak-Anak – ‘Saya Nak Mereka Faham Agama Luar Dalam’

Shopee Sale


Penyanyi rap, Loca B membuat pengumuman untuk berhenti menyanyi dan terlibat di dalam industri hiburan tanah air.

Artikel berkaitan: Tuju Tak Suka Kongsi Kisah Peribadi Kepada Umum, Hanya Luah Dalam Karya

Artikel berkaitan: Loca B Syukur Anak Sulung Akhirnya Dapat Status Warganegara Malaysia Selepas 8 Tahun

Mahu fokus jadi ibu

Menerusi hantaran di Instagram, Loca B atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali berkata, dia nekad untuk berhenti kerana mahu memberi sepenuh perhatian bagi membesarkan anak-anaknya.

Ini persembahan terakhir saya terima sebagai Loca B. Saya tidak lagi berminat untuk berada di industri hiburan Malaysia.

Saya sangat suka menjadi seorang ibu dan isteri dan saya mahu memberi fokus kepada kehidupan (anak-anak) yang saya bawa ke muka bumi ini.

‘Guna agama untuk sembunyi kebenaran’

Menurut Loca B, dia akui bimbang dengan sikap manusia yang berpura-pura dan bertopengkan agama terutama dalam rumah tangga.

Malah kepalsuan, tikam bekang dan manipulasi ini tidak berbaloi.

Tiada hormat pada rumah tangga. Orang-orang secara terbuka tidak hormat kepada pasangan masing-masing di mana sahaja mereka pergi.

Kebanyakan orang gunakan agama untuk sembunyikan kebenaran.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi rap Tuju ini mahu mendidik anak-anaknya supaya menjadi manusia yang jujur.

Saya nak mengajar anak saya perkara yang saya tak pelajari masa kecil. Saya nak menjadi contoh kepada anak saya tentang perhubungan yang sihat. Saya nak rumah tangga yang indah, tiada hasutan orang luar.

Saya nak anak-anak saya faham tentang agama luar dalam dan bagaimana untuk menjadi manusia yang jujur. (Saya juga sedang belajar)

Saya nak sesuatu yang mencabar otak. Mewahkan saya dengan ilmu pengetahuan. Saya nak anak saya pulang ke rumah kepada saya.

Katanya lagi, perkara yang terjadi di negara Palestin telah membuka matanya untuk mengambil keputusan sedemikian.

Palestin yang membuka mata saya secara jujurnya. Saya sangat kaya. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada semua yang sudah menyokong sepanjang perjalanan saya.

MENARIK:  [VIDEO] Imran Bard Kecewa – ‘Bila Orang Korea Datang Sini Cakap Apa Khabar, Terus Dapat Job’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular