‘Maafkan Aku Abah’ – Nelysa Norazlan Kesal Tak Pandai Luah Rasa Sayang Pada Arwah Bapa

Shopee Sale


Nelysa Norazlan

Sabtu lalu, pempengaruh media sosial, Nelysa Norazlan memaklumkan bapanya Norazlan Fadzil telah menghembuskan nafas terakhir.

‘Dididik jadi kuat’

Nelysa Norazlan

Terbaharu, menerusi hantaran di TikTok, Nelysa mengakui dia berasa sangat kesal dengan dirinya yang bersikap kasar dan tidak tahu untuk meluahkan rasa sayang terhadap orang lain.

Katanya, dia bersikap sedemikian kerana sudah dididik menjadi tegas oleh keluarganya sejak diusia kecil.

Dalam banyak benda, aku akan paling menyesal dengan satu sifat aku. Sifat tak pandai luahkan kasih sayang. Bukan dekat ibu bapa saja. Malah semua orang.

Aku penat jadi kasar, aku teringin nak jadi macam orang lain. Reti belai belai orang, cakap lembut lembut. Sumpah penat bila dah terbiasa didik diri sendiri untuk jadi terlampau firm.

Sampai orang ingat kita ni tak ada hati dan perasaan. But deep down inside me, hancur dia tu Tuhan saja tahu.

Dalam hantaran yang sama, Nelysa turut memohon maaf kepada arwah bapanya kerana tidak pernah menzahirkan rasa sayang melalui kata-kata dan belaian seperti anak orang lain.

Maaf Abah, anak abah tak pernah luah sayang melalui kata-kata, tak pandai belai-belai macam anak orang lain. Dulu pernah peluk abah, lepas itu dia risau sangat, dia call mama banyak kali.

Sebab dia ingat aku nak meninggal dah. Sebab memang pelik pun untuk seorang Nelysa jadi macam tu. Sampai sekarang, benda tu paling susah nak ubah.

Dan aku memang tahu benda tu yang akan aku kesal sampai bila-bila. Aku takkan pandai tunjukkan sayang aku dekat orang.

Salah aku, sebab terlalu didik diri ni untuk jadi terlalu kuat. Maafkan aku abah, maafkan aku semua. Ada benda yang aku susah sangat untuk ubah. Aku dah cuba.

MENARIK:  TikTok Adira Suhaimi Kena ‘Banned’, Hilang 879,000 Pengikut – ‘Akaun Ini Punca Rezeki Saya’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular