‘Macam Mana Satu Bidang Tanah Boleh Ada 2 Geran Berbeza?’ – Amar Baharin

Shopee Sale


Di aplikasi X, pelakon Amar Baharin meluahkan rasa kecewa dengan pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor yang masih tidak menyelesaikan isu sebidang tanah milik ibu bapanya di Semenyih, Selangor yang didakwa ada dua geran berbeza.

Memang milik ibu bapa saya

Menurut Amar, kali terakhir PTG Selangor menghantar surat yang diterima ibu bapanya mengenai isu geran tanah milik mereka yang ada dua nama itu ialah pada 2014. Ujar Amar, sekarang sudah 10 tahun berlalu dan masih tidak diselesaikan.

Tanah di Semenyih itu memang milik ibu bapa saya walaupun ada dua geran berbeza sebab geran asal dipegang oleh ibu, Norhayati Abd Aziz, 62. Jadi, disebabkan pemilik geran kedua itu sudah membina rumahnya, kami tidak mahulah sampai kena menghalau orang pula.

Lagipun, saya percaya individu terbabit juga adalah pembayar cukai tanah sebagaimana ibu bapa saya. Jadi, ibu bapa saya buatlah permohonan untuk mendapatkan tanah ganti mengikut yang dijanjikan PTG Selangor, tapi sampai sekarang masih tak ada jawapan.

Pernah juga, ibu saya menghubungi mereka untuk mengetahui perkembangan mengenai status tanah ganti itu, namun jawapan diberikan pegawainya iaitu ‘tiada tanah kosong’ di Selangor. Saya  tertanya-tanya juga, bukankah Selangor ini antara negeri terbesar di Malaysia? Mana perginya tanah yang lain?

Tambah Amar, jika mereka mahu memberikan jawapan sebagai alasan pun kenalah susun ayat yang sesuai dan bijak. Bukan sekadar jawab saja kerana ia membabitkan hak pembayar cukai dan pemilik hartanah terbabit.

Malah, saya pun tak sangka dengan perkongsian kisah isu geran tanah itu, rupa-rupanya ramai juga individu dari negeri lain pun ada pengalaman mengalami situasi sama. Jadi, mengapa perkara ini boleh berlaku dan kasihan kepada yang ‘terkena’.

Di akhir posting, suami kepada Amyra Rosli ini memberitahu dia akan berusaha mendapatkan tanah ganti berkenaan sehingga berjaya bagi memastikan ibunya gembira dan tidak lagi asyik bertanya mengenai tanah itu apabila setiap kali dia balik ke kediaman ibu bapanya.

Ibu saya nak sangat isu tanah ini diselesaikan segera dan dia dapat memiliki apa yang menjadi haknya sebelum menutup mata. Itu yang pernah disuarakan oleh ibu kepada saya. Sebagai anak lelaki, sudah pastilah ini menjadi tanggungjawab saya.

Ditambah, isu tanah berlaku sejak Allahyarham bapa saya masih hidup dan sehingga arwah meninggal dunia pada tahun lalu, masih tiada apa-apa perkembangan terkini lagi. Dah lebih 10 tahun tak selesai. Kalau saya tidak bersuara, sampai bila nak terus menunggu?

Saya juga tidak mahu mencari salah sesiapa. Tapi, cukuplah sekiranya dapat diselesaikan dan ibu saya mendapat tanah ganti miliknya yang setaraf seperti mana kawasan tanah kami itu dan berapa bulan pula akan kena menunggu sampai berjaya mendapatkanya.

MENARIK:  Nafi Culas Nafkah Anak, Hafidz Roshdi Tunjuk Bukti Transaksi Bank – ‘Pelaku Harus Malu Dengan Penipuan’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular