Madammu Membela Keputusannya Memberikan Telefon Kepada Bayi – ‘Anak Saya Belajar Inggeris Melalui Telefon, Jangan Menghukum Sama Rata’

Shopee Sale


Madammu

Usahawan terkenal, Madammu tampil memberi penjelasan selepas dia dikecam kerana memberikan telefon bimbit kepada anaknya yang masih kecil.

Handphone ada kebaikan

Madammu

Menurut Madammu, orang ramai tidak boleh memukul rata dengan mengatakan telefon bimbit memberikan pengaruh buruk, sebaliknya berpendapat peralatan gajet itu mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri.

Jangan cakap macam itu, handphone ini memang ada buruknya dan ada baiknya, tapi tak boleh pukul rata. Banyak sahaja skrip yang memberi pendidikan kepada anak-anak.

Kita duduk dalam zaman 2024, ada benda yang kita boleh, orang kata mana ada budak jenis yang tak nampak handphone itu tak teruja. Kita ini pun nampak handphone pun teruja.

Dia bukan nampak apa, tapi nampak lampu dekat handphone.

Madammu berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok sebelum dirakam dan dimuat naik semula di platform sama.

Dalam pada itu, Madammu memberitahu anak-anaknya banyak memperlajari bahasa Inggeris melalui kandungan dalam telefon bimbit.

Saya faham, tapi tak boleh pukul rata kata anak-anak yang banyak main handphone ini banyak masalah.

Alhamdulillah, memang betul handphone dia ada baik dan buruk, tapi anak-anak saya banyak belajar bahasa Inggeris melalui handphone.

Cuma kena pandai kawal, ada budak-budak zaman sekarang yang masalah itu mungkin tak dikawal.

MENARIK:  'Elakkan Berkahwin Secara Rahsia, Risiko Kehilangan Harta Warisan' – Nasihat Aida kepada Anak Perempuan

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular