Madu Marissa Dania Dikatakan Dalam Keadaan Baik, Netizen Hantar Kata-Kata Semangat

Shopee Sale


Misya Mazlan

Isteri kepada Ahmad Aslam iaitu Misya Mazlan dilihat kekal tenang dan mengambil pendekatan untuk berdiam diri selepas kecoh gosip suaminya itu sudah bernikah dengan Marissa Dania.

Misya dalam keadaan baik

Misya Mazlan

Biarpun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, namun Misya atau nama lengkapnya Umisya Mazlan, 25, tetap membaca semua komen yang ditinggalkan netizen di media sosial.

Perkara tesebut dimaklumkan sendiri oleh kakak kepada Misya yang dikenali sebagai Nadiah Mazlan menerusi hantaran di Instagram Story, pada Khamis.

Dia (Misya) baca setiap komen, kata-kata semangat yang dititipkan untuknya.

Kami (keluarga) sentiasa ada dengan dia. Insya-Allah Allah akan sentiasa ada dengan dia dan anak-anak.

Dalam hantaran sama, Nadiah turut memaklumkan adiknya berada dalam keadaan baik.

Misya sekarang alhamdulillah okay.

Sejak Rabu lalu, kecoh di media sosial apabila anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania dikatakan sudah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Kakak ipar kepada Aslam iaitu Nadiah Mazlan ketika dihubungi mengesahkan berita perkahwinan tersebut.

Pun begitu, Norman dan Abby terus mengunci mulut sehingga ke hari ini berhubung isu tersebut.

Malah usaha untuk mendapatkan kenyataan dua selebriti itu juga tidak berjaya apabila mereka tidak membalas pesanan mesej ringkas yang dikirimkan.

MENARIK:  Kisah MUA yang Tersilap Tatarias Pengantin Selepas Bertanjak - Kenapa Tak Bagitahu Dari Awal?

Terdahulu, Marissa didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya Mazlan sehingga pasangan itu hampir bercerai.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular