Mahadi akan Mengeluarkan Kenyataan Media Segera

Shopee Sale


Umum megetahui, nama suami kepada penyanyi, Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sekali lagi menjadi sebutan warganet di media sosial berikutan didakwa telah tersenarai dalam Senarai Amaran Pelabur (Investor Alert List) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Bakal keluar kenyataan media

Terbaru, usahawan yang juga suami kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu Mahadi Badrul Zaman, 40, memberitahu dia bakal mengeluarkan kenyataan media susulan namanya tersenarai dalam senarai amaran pelabur Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Memetik laporan Harian Metro, Mahadi berserta peguam mengadakan pertemuan itu bersama SC hari ini dan akan tampil menjelaskan apa sebenarnya berlaku susulan penularan mengenainya.

Dalam sebuah kenyataan, menurutnya dia tidak mengetahui perkara itu apalagi dia sendiri tidak menerima apa-apa surat makluman daripada pihak berkenaan.

Pertama sekali saya tidak ada terima apa-apa surat atau emel daripada pihak berkenaan mengatakan nak siasat atau apa-apa, memang tidak ada.

Saya pun tak tahu nak jawab macam mana sebab belum dapat kepastian dari pihak SC, jadi pagi ini baru nak ke sana sebab ramai sudah bertanya apa dah jadi ini?

Memang tiada jawapan yang kukuh buat masa ini tapi alhamdulillah setakat ini saya rasa syarikat saya tidak buat perkara yang salah, menipu atau lakukan perkara haram.

Tambah Mahadi, dia mengakui terkejut apabila mengetahui namanya berada dalam senarai sistem SC dan boleh cetuskan fitnah. Beliau juga berkata sudah menghubungi pihak polis bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara itu.

MENARIK:  Wulan Guritno Menolak Rawatan Kecantikan, Lebih Memilih Gaya Hidup Sihat - 'Sudah Dua Tahun Saya Kurangkan Gula'

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular