Mahu Bantu Bina Mahligai Cinta, Efferty Taja 20 Pasangan Bernikah Beramai-Ramai

Shopee Sale


Bagi pasangan yang bercinta, pastinya mahu berkahwin tetapi sering tertangguh disebabkan masih belum memiliki wang yang mencukupi. Tipulah kalau korang tak mahu kahwin kalau ditaja, bukan?

Pada 8 Jun 2024, episod khas Tanyalah Ustaz: Akad 40 telah disiarkan di mana menyaksikan penyatuan 20 pasangan asnaf dan kurang berkemampuan sempena ulang tahun TV3 yang bertemakan ‘Inspirasi Generasi’ bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan korang, 40 pengantin terpilih ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang sedang mempelajari tentang agama Islam telah diraikan dalam sebuah majlis akad nikah yang istimewa.

Ini sebab inisiatif pernikahan secara beramai-ramai dianjurkan

Cakna dengan cabaran masa kini, acara pernikahan secara beramai-ramai ini adalah sebuah inisiatif TV3 yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam melaksanakan ibadah perkahwinan dan memudahkan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Inisiatif ini merupakan kerjasama antara TV3 dan JAWI di mana mendapat kelulusan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Program ini ditaja oleh Efferty, susu yang diformulasikan khas untuk meningkatkan kesuburan wanita.

Dr. Raihana Ismail bersyukur dapat membantu ramai pasangan membina mahligai cinta

Pengasas Efferty International Sdn Bhd, Dr. Raihana Ismail menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang menaja majlis Akad 40 sempena ulang tahun ke-40 TV3.

Tambahnya, beliau bangga dengan persediaan rapi semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program tersebut. Perancangan rapi yang ditunjukkan menjadi sebab beliau mahu menaja program Akad 40 ini.

MENARIK:  [VIDEO] Hadiah Hari Guru Bukan Kaleng-Kaleng, Ibu Bapa Beri Gelang Emas – ‘Saya Hargai Sebab Sentiasa Update Perkembangan Anak’

Efferty, produk ikhtiar untuk pasangan yang mahu mendapatkan cahaya mata

Bagi pasangan yang baru atau sudah lama berkahwin dan kini sedang ikhtiar untuk mendapatkan anak bolehlah mencuba produk Efferty ini.

Produk ini kaya dengan multivitamin dan multimineral di mana dapat membantu korang untuk mencapai impian untuk hamil dengan izin Allah.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular