‘Mak Cik’ Van Sekolah Langgar Mati Murid Pra Sekolah Dibebaskan

Shopee Sale


Seorang wanita iaitu pemandu van sekolah yang ditahan bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitkan seorang pelajar dibebaskan dengan jaminan polis.

Dibebaskan dengan jaminan polis

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, wanita yang berusia 50 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pihak pendakwa raya bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

Pada 19 Jun, seorang murid pra sekolah berusia lima tahun dilaporkan maut selepas dirempuh van sekolah di hadapan kediamannya di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

Insiden itu berlaku ketika pemandu terbabit menurunkan mangsa dan abangnya berusia 6 tahun di hadapan rumah. Wanita itu kemudian meneruskan perjalanan selepas melihat abang mangsa melepasi belakang van dan beranggapan mangsa mengekori abangnya.

Pemandu meneruskan perjalanan dan merempuh mangsa sedang yang lalu di hadapan van. Akibat kejadian, mangsa parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

MENARIK:  Nivea Luminous 630 Anti-Spot Serum Raih Perhatian Raja Permaisuri Agong

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular