Mak Pak Mentua Minta Hantaran RM23k, Dah Kahwin Isteri Pasang Skandal Tempat Kerja..Alasan ‘Tak Puas’ Dengan Suami!

Shopee Sale


Tak dinafikan, mencari pasangan hidup bukanlah satu perkara yang mudah malah pelbagai aspek dan ciri perlu dititikberatkan sebelum menjalinkan hubungan ke arah yang lebih serius.

Suami skandal dengan rakan pejabat

Menerusi hantaran yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki menasihati orang ramai agar memilih pasangan yang ‘betul’ untuk dijadikan pasangan hidup.

Aku dulu nak kahwin, bapa mentua minta hantaran RM23k aku tunaikan sebab sayang. Aku kumpul sorang. Lepas kahwin, tak pernah aku kawal hidup isteri aku. Dia tak nak anak awal sebab nak kejar kerjaya, aku izinkan.

Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki ini mendedahkan segala keperluan isteri termasuk wang belanja, kereta dan rumah telah disediakan olehnya. Malah kerja rumah seperti memasak, mengemas juga dia lakukan tanpa menyuruh isteri.

Berusaha menjadi suami terbaik, lelaki ini tidak pernah jemu memberi perhatian kepada isterinya malah kerap membawa wanita kesayangannya itu keluar ‘dating’ dan memberi ‘surprise’. Namun siapa sangka, usahanya langsung tidak dihargai.

Tapi sia-sia, dekat pejabat dia pasang skandal. Alasan dia sebab aku tak boleh puaskan dia secara seksual. Aku ikhtiar macam-macam nak puaskan nafsu dia. Ubat aku makan, mengurut, pump segala pump aku pakai. Tapi cari jantan lain jugak.

Tambahnya lagi, pelbagai cara yang dia cuba usahakan untuk memperbaiki hubungan mereka malah dia pernah meminta isterinya untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Dia protes minta RM300 seminggu. Aku buat dua kerja dan Allah SWT kurniakan kami rezeki zuriat pertama iaitu kembar.

Dia tak nak anak tu, dia senyap-senyap beli pil gugur di online. Kebetulan barang tu sampai dekat aku, aku tak izinkan dia gugur tapi dia ugut nak bunuh diri.

Dia bagi syarat kalau nak anak tu, bagi dia kerja. Demi zuriat aku turutkan. Lepas dia bersalin, dia minta kerja dengan Singapura tanpa pengetahuan aku. Lepas dapat surat tawaran baru aku tahu.

Lelaki ini akui sudah mula tawar hati dengan isterinya. Dia juga buntu apa yang perlu dilakukan kerana sekiranya halang, keluarga mentua akan menuduhnya mengawal isteri.

Anak-anak aku yang jaga, dia balik Malaysia 2, 3 bulan sekali. Tak ada rasa nak video call anak. Anak-anak pun tak kisah dengan mak diorang ada ke tak.

Aku pernah lepaskan dia sekali, tapi dia merayu nak berubah, Masa tu aku terima sebab fikir sayang dan mak kepada anak-anak aku. Tapi tak ada perubahan.

MENARIK:  Aishah Mahu Fokus Jaga Anak & Kucing Peliharaan – ‘Tiada Suami Tidak Bererti Tak Bahagia’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular