‘Makanan Paling Best Malaysia’ Jadi Tumpuan Utama Di Piknik Hari Malaysia

Shopee Sale


Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang ke 67 tahun dan juga Hari Malaysia (HKHM) 2024, Media Prima Berhad dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran kempen Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’.

Warisan kulinari

 

View this post on Instagram

A post shared by Hikayat 60 Saat (@hikayat60saat)

Kempen ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan rakyat Malaysia dengan meraikan warisan budaya dan kulinari negara. Berikutan kejayaan kempen tahun 2023 yang memberi tumpuan kepada cinta terhadap kuih tempatan, edisi tahun ini membawa kita menyelami lebih dalam tentang warisan kulinari dan budaya Malaysia.

Kali ini, rakyat Malaysia dijemput untuk berkongsi pengalaman “Paling Best” mereka dengan memfokuskan kepada kepelbagaian jenis masakan yang lazat dan beraneka jenis di negara ini.

Papar Keunikan Dan Kehebatan Masakan Malaysia

 

View this post on Instagram

A post shared by OHBULAN! (@official)

Satu lagi tarikan menarik dalam kempen ini adalah video khas Hari Kebangsaan yang merakam suara rakyat Malaysia menjawab soalan, ‘Apa yang membuat Malaysia Paling Best?’. Video ini mengingatkan kita tentang pelbagai sebab untuk berbangga dengan identiti kita sebagai rakyat Malaysia.

Selain itu, video Hari Malaysia akan menonjolkan makanan Paling Best Malaysia, menampilkan pertandingan santai antara hidangan ikonik seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Char Kuey Teow, Satay, dan Teh Tarik. Video ini akan meneroka kisah di sebalik setiap hidangan, memaparkan kekayaan budaya makanan Malaysia, dan mengajak semua orang untuk menikmati kepelbagaian yang ada yang menjadikan masakan kita begitu istimewa dan unik.

Makanan Kegemaran Pilihan Malaysia

 

View this post on Instagram

A post shared by OHBULAN! (@official)

Rakyat Malaysia juga boleh melayari laman sesawang says.com/manispahitbersama untuk melibatkan diri dalam permainan interaktif yang telah disediakan. Salah satu tarikan utama ialah Tinjauan Makanan (Food Poll), yang mengajak semua rakyat memilih dan mengundi  hidangan yang menurut mereka benar-benar mencerminkan budaya makanan Malaysia yang paling ikonik. 

Selain itu, aktiviti media sosial #GengMakanan pula mengajak pencinta makanan untuk berkongsi gambar hidangan tempatan kegemaran mereka atau lokasi makanan yang paling disukai.  Peserta boleh menghias gambar mereka dengan bingkai digital khas dan kongsikan di media sosial. Gambar terpilih akan dipaparkan di papan iklan digital sekitar Lembah Klang, dalam memperkenalkan warisan kulinari Malaysia kepada khalayak umum.

MENARIK:  [VIDEO] Netizen Persoal Adira Berguru Dengan Andika Putera – ‘Sorry Tak Minat’

Piknik Hari Malaysia

Kempen ini akan berakhir dengan sambutan Piknik Hari Malaysia yang bakal diadakan di Taman Botani Putrajaya pada 15 September, dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pertunjukan Makanan Paling Best Malaysia akan menjadi acara utama dalam suasana semangat kebangsaan yang penuh warna-warni.

Acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, makanan dan minuman berupa Nasi Lemak dan Teh Tarik disediakan secara percuma. Lebih menarik lagi, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan artis tempatan, aktiviti-aktiviti hiburan padang serta yang paling utama adalah berpeluang untuk menikmati hari minggu yang lebih santai di salah satu taman paling indah di Malaysia.

Layari laman sesawang kempen says.com/manispahitbersama untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai kuiz, peraduan, dan semua butiran mengenai Piknik Hari Malaysia.

Saksikan program-program khas Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di TV3, TV9, 8TV, NTV7, dan Tonton untuk menambahkan kemeriahan sambutan. Media Prima Berhad berbesar hati menyediakan platform bagi rakyat Malaysia untuk bersatu dan mempamerkan kebanggaan kita terhadap kekayaan warisan budaya.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular