Malam Amal Flint Membantu & Berkongsi Rezeki Bersama Golongan Memerlukan, Nana Mahazan Antara Yang Terlibat

Shopee Sale


Flint Coffee & Roastery

Bersempena mengambil keberkatan Ramadan, Flint Coffee & Roastery (Flint KL) menyusun jalinan kasih dengan penganjuran Malam Amal Flint yang telah diadakan pada 21 Mac lalu di pusat beli belah, The Curve.

Malam Amal Flint

Flint Coffee & Roastery

Diadakan istimewa pada bulan yang mulia ini, Malam Amal Flint dianjurkan dengan tujuan untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Sumbangan yang disalurkan merangkumi duit raya, hamper dan agihan barangan mentah keperluan harian yang diharapkan dapat meringankan beban golongan tersebut.

Majlis yang penuh makna ini disempurnakan pada acara iftar menerusi Buffet Ramadan Flint bertemakan ‘Juadah Dendang Perantau’ bersama kanak-kanak serta penghuni dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Kasih.

Turut hadir ialah wakil daripada 7 keluarga golongan asnaf yang dipilih oleh organisasi kemanusiaan MyCARE.

Pengarah Flint KL, Azri Jamaluddin berkata dia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong dalam pelaksanaan program ini.

Sebenarnya, sudah menjadi hasrat saya dan pasukan di Flint KL untuk menganjurkan program Malam Amal Flint pada tahun ini.

Hasil kerja kami dalam menjayakan penjenamaan Flint KL, perlu dituai dengan cara membantu mereka yang memerlukan sebagaimana misi dan visi program Malam Amal Flint ini.

4 Selebriti & Influencer

Flint Coffee & Roastery

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran empat selebriti dan pempengaruh media sosial iaitu Nana Mahazan, Mya Zulkifli, Naddy Rahman dan Syafa Nisa.

Empat pempengaruh ini telah terlibat sejak 16 Mac lalu menerusi usaha murni mereka dalam menyampaikan mesej berkenaan penganjuran acara CSR dan peluang orang ramai untuk manderma melalui platform yang diperkenalkan Flint KL sepanjang Ramadan ini.

MENARIK:  Netizen Mendakwa Bella Astillah Memiliki 'Isu Kepercayaan' dengan Suaminya daripada Takut dengan Penyondol

Keempat-empat mereka telah berpeluang beramah mesra dengan 35 kanak-kanak dari rumah kebajikan Cahaya Hati dan memilih baju raya buat semua adik comel berkenaan.

Pada acara sama, turut diadakan persembahan istimewa dari penyanyi jemputan, Amer Yusoff iaitu bekas anggota kumpulan Ruffedge.

Meskipun Malam Amal Flint telah pun berlalu pada 21 Mac lalu, namun Flint KL mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menyokong kempen ini yang akan berakhir pada 7 April 2024.

Sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk wang atau barangan keperluan yang bermanfaat.

Sumbangan berbentuk wang boleh disalurkan melalui akaun Maybank 5627 5968 5182 (Solist Global Sdn.Bhd). Manakala, Barang keperluan boleh disalurkan ke cawangan Flint KL di The Curve, Damansara.

Maklumat lanjut, sila hubungi 016-2913551 atau e-mel ke [email protected].

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular