‘Mana Ada Dalam Dunia, Suami Muntah Darah Isteri Buat Bodoh Saja’ – Ustaz Kazim

Shopee Sale


Pendakwah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias memberitahu dia sedia berdepan dengan apa jua kecaman daripada netizen selepas filem lakonannya ‘Zim Zim Ala Kazim’ ditayangkan di pawagam.

Tolong bagi sokongan dan kepercayaan

Menerusi temu bual bersama , Kazim berkata, dia mempunyai matlamat dan sasaran tersendiri dalam menyebarkan dakwahnya menerusi filem tersebut.

Bagi saya filem ini okay dan mesejnya sampai kerana ia dalam bentuk santai. Ada komedi, seram, parodi dan serius untuk masyarakat. Walaupun filem ini adaptasi idea saya, tapi jalan ceritanya diolah dan dirombak sedikit.

Saya okay saja. Alhamdulillah. Jadi, tolong bagi sokongan dan kepercayaan kepada saya. Dulu, saya buat pelancongan di atas kapal yang mana ada macam-macam, sehinggalah kapal tadi bersih daripada kasino dan macam-macam lagi.

Jadi, sasaran saya dalam filem adalah kita buat satu filem yang baik. Kru yang bagus, pelakon yang bagus, skrip yang bagus, pengarahan yang bagus dan hasil yang bagus supaya masyarakat dapat tengok dan tak jadi masalah.

Tambah Kazim, dia berharap tindakannya menceburi bidang lakonan ini secara tidak langsung menunjukkan contoh kepada golongan agamawan yang lain agar mereka dapat turun padang dan mendekati golongan yang bekerja dalam industri perfileman.

Jadi, selama ini, asatizah atau sesiapa yang cakap ‘panggung wayang, begini, pelakon, begini, artis, begini’. Kenapa kita tak bercampur dan mendekati mereka.

Ini filem dan skrip terbaik kami buat, supaya boleh menasihati. Saya cuba untuk merapatkan mereka dengan pelbagai syarat dan sebagainya. Bukan senang saya nak terima tawaran ini. Seperti yang saya katakan, tidak boleh bersentuhan.

Contohnya, dalam babak saya muntah, watak isteri saya tak pegang saya. Mana ada dalam dunia, suami muntah darah, isteri buat bodoh saja. Tapi, dalam filem, tak boleh sentuh.

Kedua, kena jaga solat di set. Kita buat sistem itu, alhamdulillah kita nampak filem ini boleh pergi. Cuma, kita perbaiki pada masa akan datang kalau ada kekurangan. Itu antara perjanjian yang saya buat dengan pasukan produksi.

Selain itu, tak boleh ada babak yang budak-budak malu nak tengok. Bagi saya, pasukan produksi semuanya okay. Jaga solat walaupun kerja siang malam. Paling tersentuh, babak saya ‘mati’, kami solat Subuh dalam hutan. Ini benda yang patut dibuat. Kalau boleh, setiap set penggambaran itu ada surau untuk pelakon solat.

Di akhir temu bual, Kazim berpendapat sekiranya agamawan dan mereka yang bekerja dalam industri seni ini dapat bersatu tenaga, tentunya akan wujud karya-karya yang selesa ditonton.

MENARIK:  [VIDEO] Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Talaq Satu, Berpisah

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular