Margaret Gan Tetap Memandu Walaupun Berusia 81 Tahun

Shopee Sale


Walaupun sudah berusia 81 tahun, pelakon veteran, Margaret Gan mendedahkan bahawa dia masih boleh memandu kereta dalam jarak dekat.

Daya penglihatan masih baik

Memetik laporan Harian Metro, Margaret mengucapkan rasa syukur kerana diberi nikmat kesihatan serta daya penglihatan yang masih baik.

Menurut Margaret, dia masih memandu walaupun dalam jarak dekat kerana tidak mahu ‘skill’ pemanduannya hilang disebabkan rasa gugup dan takut dengan jalan raya.

Saya bersyukur masih lagi diberikan nikmat kesihatan yang baik oleh Tuhan. Malah, saya juga  boleh lagi memandu kereta, tapi dalam jarak dekat-dekat sajalah.

Kalau jauh-jauh itu, saya ambil kerata ‘grab’, lebih selesa. Saya kadang-kadang memandu sebab tak nak ‘skill’ pemanduan hilang kalau lama sangat tak ‘drive’, mesti rasa kurang selesa.

Katakanlah tiga bulan tak memandu, bila pegang stereng kereta semula mesti gugup dan tiba-tiba rasa takut dengan jalanraya, jadi saya tak mahulah itu berlaku.

Tambah pelakon filem ’29 Februari’ itu, dia tidak akan memandu melebihi had yang ditetapkan kerana masih menghormati undang-undang jalan raya.

Margaret berkata, tujuannya memandu disebabkan ingin membiasakan diri dengan jalan raya.

Saya pun tidaklah memandu secara melebihi kelajuan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kita pun tahu dan menghormati undang-undang serta utamakan keselamatan.

Cuma, tujuan memandu itu pun sekadar mahu terus membiasakan diri saja. Apatah lagi, saya pun dah dua tahun tidak dapat apa-apa tawaran berlakon.

Ditanya mengenai sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, Margaret memberitahu bahawa dia hanya menziarahi saudara yang menetap di sekitar Lembah Klang.

MENARIK:  [Interviu] Mahalini berkongsi, "Kami Memiliki Banyak Persamaan, Terutamanya Kehilangan Ibu Seperti Rizky"

Sekadar info, Margaret mula memeluk agama Islam sejak Februari 2022. Sebelum itu, anak lelakinya terlebih dahulu sudah memeluk agama Islam.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular