Maria Farida Masih Dikejar ‘Pucuk Muda’ – ‘Mereka Ajak Saya Dating & Kahwin’

Shopee Sale


Pelakon Datin Seri Maria Farida mengakui dia masih menerima gangguan nakal daripada lelaki muda yang mahu mendekatinya.

Selalu diganggu lelaki

Menerusi temu bual bersama , Maria memberitahu dia sering menerima gangguan daripada ramai lelaki yang mahu mencuba nasib. Meskipun sudah berumah tangga, Maria berkata, dia masih menjadi sasaran golongan lelaki miang seperti itu.

Maria yang ditemui pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) Fiziwoo, Jumaat lalu, turut berkata, dia tidak tergugat dengan segala gangguan tersebut sebaliknya masih setia bersama suami tercinta iaitu Datuk Seri Rahman Sakur.

Selalu juga diganggu dan memang ramai lelaki yang mencuba nasib menerusi platform media sosial. Namun saya masih bahagia dengan rumah tangga dan apa yang ditawarkan langsung tak sama dengan apa yang suami berikan. Saya bahagia dan tak perlukan semua itu.

Tambah Maria lagi, dia tidak melayan segala usikan nakal seperti itu. Ujar pelakon drama ‘Astana Idaman’ ini, dia menganggap usikan tersebut sebagai gurauan.

Saya abaikan sahaja semua itu dan sudah biasa dengan gangguan sebegitu. Biasalah, mereka nak ajak ‘dating’, kahwin dan saya hanya gelak sahaja baca semua itu.

Sekadar info, Maria antara selebriti wanita yang sering menjadi perhatian netizen dek kerana raut wajahnya yang jelita. Rata-rata netizen berkata, wajah pelakon berusia 55 tahun ini tidak dimamah usia.

MENARIK:  Rafidah Ibrahim Lancar Lagu Zikir La Illah Ha Ilallah, Ajak Pendengar Selawat Bersama

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular