Maryam Yonaraee Dedah Pernah Jadi Mangsa ‘Face Shaming’ – ‘Orang Perli Mata Saya Sepet & Tanya Mana Kening’

Shopee Sale


Maryam Younaree

Meskipun memiliki kulit yang cerah dan berdarah Korea, pempengaruh dan pelakon Maryam Younaree tidak terlepas menjadi mangsa sindiran wajah atau ‘face shaming’.

Mata sepet, kening nipis

Maryam Younaree

Maryam mendedahkan, terdapat segelintir individu sering mempersendakan bahagian matanya yang agak sepet dan kening yang terlalu nipis.

Banyak kali juga saya pernah kena face shaming. Orang selalu perli mata saya, mereka kata sepet sangat.

Selain itu, ada juga yang mempersendahakan kening saya terlalu halus dan nipis, macam tiada kening katanya. ‘Mana kening, mana kening’ kata mereka.

Kebanyakkan kena face shaming dengan orang di Korea, kalau di Malaysia kurang sikit.

Bagaimanapun, kata isteri kepada Ryzal Ibrahim itu, dia tidak mengambil hati dengan sindiran tersebut dan menganggap sekadar gurauan.

Reaksi saya sudah pasti marah. Walaupun mereka ada betulnya sebab memang mata saya sedia begitu sepet dan kening memang halus.

Apa pun saya tidak ambil hati dan anggap itu gurauan. Lagi pula, ramai yang kata saya cantik.

Sementara itu, Maryam turut menekankan mengenai penjagaan kulit dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat selain menggunakan produk yang bersesuaian.

Kulit saya mudah keluar jerawat kalau tidak dijaga dengan betul. Saya kena selalu minum air yang banyak dan kurangkan makanan yang berlemak.

Penjagaan kulit dengan menggunakan produk yang sesuai juga sangat saya titikberatkan. Ambil vitamin C juga tidak saya tinggalkan.

MENARIK:  Baby Shima Memberi Respons Terhadap Kontroversi Video Bergelek Di Kelab Malam

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular