Mawar Rashid Masih Terkesan Kes Buli Siber Sejak Awal Berlakon, Pesan Jangan Pendam Masalah Sendiri – ‘Berat Untuk Saya Lalui’

Shopee Sale


Pelakon Mawar Rashid mendedahkan dia masih terkesan dengan kes buli siber sejak awal kemunculannya di dalam industri seni.

Artikel berkaitan: Mawar Rashid Pernah Terdetik Nak Hilangkan Diri, Ambil Masa 6 Bulan Pulih Semangat – ‘Saya Perlu Masa Untuk Bangkit Semula’

Artikel berkaitan: Mawar Rashid Enggan Ulas Mengenai Bekas Suami, Mahu Fokus Besarkan Anak Bersama – ‘Saya Takut Timbul Pula Masalah Lain’

‘Berat untuk saya lalui’

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid, 29, mengakui tidak mudah untuk berdepan situasi tersebut.

Mawar bagaimanapun kembali bangkit dan meneruskan karier lakonannya di atas sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.

Jujur cakap saya pun masih lagi terkesan. Masa awal-awal lagi berlakon dah banyak kes buli siber yang saya lalui. Ia bukan perkara yang ringan dan berat untuk saya lalui sebenarnya.

Ketika saya kena buli siber itu sokongan keluarga dan rakan-rakan membuatkan saya bangkit. Dalam masa sama saya percaya bahawa saya boleh berdepan perkara begitu.

Disebabkan pengalaman tersebut, Mawar kini lebih berhati-hati dalam sebarang perkongsian di media sosial.

Apabila melalui perkara ini kita perlu ada kesedaran tentang isu yang berlaku. Saya hanya cuba pulihkan diri sendiri ketika berdepan situasi begitu.

Sebab itu sekarang saya tidak banyak bercakap dan berkongsi di sosial media untuk melindungi privasi daripada menimbulkan isu.

Dalam pada itu, Mawar memberi pesanan kepada mereka yang tertekan berdepan buli siber untuk mendapatkan bantuan pakar dan tidak menyimpan masalah seorang diri.

Saya bukanlah orang yang layak nak kongsi tips. Cuma kalau terlalu sukar berdepan kes ini carilah bantuan profesional.

Jika kita mahu kongsi di sosial media berfikirlah terlebih dahulu. Sekiranya terjadi buli siber jangan simpan dalam hati, kena cari jalan luahkan dan pastikan diri sentiasa dalam keadaan baik.

MENARIK:  ‘Saya Tetap Sokong & Beri Sumbangan, Buat Apa Menunjuk’ – Meerqeen

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular