Mawi Tak Halang Anak Ceburi Bidang Seni – ‘Cuma Saya Pesan Dekat Cahaya Jadi Artis Yang Baik’

Shopee Sale


Penyanyi Mawi tidak menghalang sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika ingin menceburi industri seni tanah air.

‘Saya nampak dia minat mengacara’

Ketika ditemui , Mawi atau nama lengkapnya Asmawi Ani, 43, berkata, dia melihat Cahaya mula menunjukkan minat dalam bidang pengacaraan lebih-lebih lagi ketika mereka melakukan sesi siaran langsung di TikTok.

Dia tak nak menyanyi tapi saya nampak dia minat mengacara. Dia petah dan bersahaja bila bercakap.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kian ini memberitahu bahawa Cahaya banyak mengajarnya tentang penggunaan platform TikTok termasuk melakukan sesi siaran langsung dan sebagainya.

Anak saya yang ajar main TikTok. Buat live, bagi gift di TikTok semua tu, saya pun baru belajar. Tak sangka impak TikTok ni dahsyat.

Bila buat siaran langsung dengan dia, lebih ramai penonton daripada saya buat seorang diri. Kalau saya buat siaran langsung di Facebook dan Instagram, ramai menonton.

Mungkin sebab pengguna TikTok ini adalah generasi baru.

Bercerita dengan lebih lanjut, Mawi akui selain kepetahan dalam berbicara, Cahaya juga minat dan berbakat dalam bidang seni melukis.

Sementara itu, Mawi berkata sekiranya Cahaya benar-benar ingin menceburi bidang seni, pesanan utamanya adalah menjadi anak seni yang baik.

Saya tak ada masalah kalau dia masuk bidang seni cuma saya pesan dekat dia, supaya menjadi anak seni atau artis yang baik.

Untuk info, Mawi bakal mengadakan Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 25 Januari hadapan.

MENARIK:  [VIDEO] Miera Leyana Menikah Bukan Kerana 'Kaki Kikis', Tetapi Kerana Jodoh

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular