Mayat Nur Farah Kartini Reput Di Muka & Dada, Punca Kematian Belum Disahkan

Shopee Sale


Punca kematian Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan keadaan mayat yang reput pada bahagian dada dan muka.

Mayat reput

Nur Farah Kartini

Menurut Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.

Buat masa ini, pakar tidak dapat sahkan sebab kematian kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.

Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab kematian.

Sementara itu, pihak polis telah merampas sebuah kereta jenis Toyota milik suspek untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, media melaporkan tentang kehilangan Farah yang dipercayai hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan. Polis menerima laporan berhubung kehilangan wanita yang berasal dari Sarawak itu pada 10 Julai lalu.

Kali terakhir Farah dilihat adalah ketika dia memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar ‘slack’ hitam.

MENARIK:  ‘Aku Tak Maafkan Korang Sebab Fitnah & Pisahkan Aku Dengan Anak-Anak..Soal Dosa Itu Antara Aku Dengan Tuhan’ – Sajat

Sehinggalah pada petang Isnin, Farah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dan seorang anggota polis telah direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular