Meiska Adinda Cipta Nama Di Malaysia, Lagu ‘Dursila’ Jadi OST Drama ‘Malang Si Puteri’

Shopee Sale


Meiska Adinda, penyanyi muda dan penulis lagu berasa dari Bali, Indonesia, telah berjaya memperolehi pengiktirafan di Malaysia melalui pencapaian Anugerah Platinum dengan single pertamanya yang bertajuk ‘Hilang Tanpa Bilang’ pada tahun lepas.

Lagu ini mencapai prestasi cemerlang dalam penjualan melalui saluran digital strim di Malaysia pada tahun 2023, sekali gus menjadikannya pencapaian yang membanggakan untuk Meiska Adinda dan Sony Music Entertainment Indonesia.

Dursila

Pada tahun ini pula Meiska kembali menyediakan satu sajian karyanya kepada pendengar di Malaysia dengan keluaran lagu “Dursila” dan juga merupakan original soundtrack (OST) untuk drama tempatan yang bertajuk “Malang Si Puteri”.

Selain itu, lagu ini telah ditulis oleh Adrianna Cinta yang juga merupakan penyanyi dan penulis lirik di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia, serta komposor berbakat dari Malaysia iaitu, Farouk Roman.

Menurut Meiska dia sangat teruja apabila mendapat lagu ini.

Meiska sangat teruja apabila menerima tawaran untuk menyanyikan lagu tema drama “Malang Si Puteri” di Malaysia. Kerjasama bersama rakan syarikat Sony Music Malaysia adalah permulaan yang baik untuk perjalanan seni saya pada tahun baru ini.

Meiska turut berkongsi pengalaman dalam menghasilkan lagu “Dursila”.

Lagu ini berat dengan emosi dan sarat dengan makna yang mendalam serta memerlukan penghayatan yang mendalam. Walau bagaimanapun hasil daripada sokongan dan tunjuk ajar daripada guru vokal dan juga dikenali sebagai penyanyi yang berbakat dari Indonesia iaitu Barsena Bestandhi.

Awalnya, saya menghadapi cabaran untuk menyampaikan perasaan lagu ini, tetapi semasa proses rakaman, semuanya berjalan dengan lancar dan saya merasa begitu selesa pada waktu itu. Aku juga berterima kasih kepada Barsena Bestandhi yang bersama saya dalam menjayakan lagu indah ini.

Tambahan pula, Meiska menjelaskan maksud lagu “Dursila” juga mempunyai makna yang kuat dan mampu membawa pendengar dalam cerita lagu ini. Menurut Meiska lagu ini  menceritakan tentang seseorang yang sudah letih dalam menjalani hubungan yang tidak berjalan seperti yang dirancang.

Walaupun kisah ini tidak berkaitan langsung dengan diri saya, tetapi saya juga merasakan seksa perasaan dan  emosi seseorang yang derita dalam sebuah perhubungan ini. Saya juga berharap lagu ini dapat menjadi penghibur kalian dan mampu memberi pengajaran dan jalan penyelesaian kepada mereka yang mengalami kesukaran dalam hubungan.

MENARIK:  Dahlia Rizal Sangkal Dakwaan Kulit ‘Flawless’ Sebab ‘Facial Treatment’ Semata – ‘Perlu Maintenance & Skin Care Juga’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular