‘Mendoakan Suami Saya Lumpuh Adalah Melampau’ – Eyra Hazali

Shopee Sale


Eyra Hazali

Pelakon Eyra Hazali meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang melemparkan kata-kata hinaan kepadanya dan keluarga.

Dihina

Eyra Hazali

Eyra atau nama lengkap Hazirah Qasdina Hazali, 25, berkata, pihak tersebut mendoakan perkara yang tidak baik berlaku kepada suaminya, Haziq Nadzli.

Caci makian yang anda lemparkan, kami boleh terima. Tapi hinaan, mendoakan suami saya lumpuh dan melibatkan anak-anak adalah melampau.

Eyra berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya. Bagaimanapun aktres itu tidak mendedahkan secara terperinci kepada siapa perkongsian itu ditujukan.

Pun begitu, dipercayai kata-kata hinaan itu dilemparkan kepada Haziq disebabkan ada segelintir peminat bola sepak yang tidak berpuas hati apabila dia berada di kesebelasan utama perlawanan Malaysia menentang Thailand bagi Piala Mitsubishi Electric ASIAN yang akan berlangsung pada Sabtu.

Dalam hantaran sama, ibu kepada tiga cahaya mata tersebut berdoa agar kata-kata tidak baik yang dilemparkan berbalik semula kepada mereka yang mendoakan.

Saya berdoa semoga doa-doa tidak baik itu berbalik pada keluarga anda.

MENARIK:  Lalisa Manobal Mula Menjadi Pelakon dan Mulakan Penggambaran Di Thailand Bulan Ini

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular