Menu Terbaru Dari The Manhattan FISH MARKET- Flamin’ Fish ‘N Chips Ni Konfirm Buat Korang ‘Terbakar’!

Shopee Sale


Kalau korang tanya rata-rata peminat fish and chips, mesti diorang akan sedikit spesifik tentang pemilihan tempat untuk nikmati hidangan ini. Yelah nak dapatkan restaurant yang betul-betul buat menu ni sedap susah tau geng! Tepung yang menyaluti ikan tersebut kena lah rangup,tak muak dan cukup rasa.

Admin kalau nak makan fish n chips ni tak pergi tempat lain, mesti pergi The Manhattan FISH MARKET

Rasa authentik, sama macam makan dekat luar negara! Kini mereka ada menu baru yang confirm akan buat korang ‘terangkat’ dan ‘terbakar’! 

Bukan je rasa lain dari yang lain tapi cara masak pun berbeza! Ala-ala style terbaru Fish N Chips!

Memperkenalkan , FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS – PERTAMA DI MALAYSIA yang korang mesti cuba

Dengan harga bermula dari RM33.90, korang akan dapat rasai Flamin Fish ‘N Chips yang takkan dapat kat tempat lain sebab ia merupakan yang PERTAMA di Malaysia! 

Untuk menu terbaru ni, The Manhattan FISH MARKET sajikan Fish ‘N Chips dengan kepingan ikan yang juicy dan padat dengan rasa!

Yang akan buat korang konfirm terliur, bila Fish ‘N Chips tu dipadankan dengan waffle fries yang crispy, sos tomato pedas dan sos bawang putih keju! Fuh, memang kombinasi sempurna!

Apa yang membuatkan menu ni extra spesial? SOS FLAMIN NI LAH GUYS!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Manhattan FISH MARKET (@mfmmy)

DARI SOS NI LAH DATANGNYA NAMA MENU NI!

MENARIK:  Vanessa Terpaksa Beradaptasi & Menyesuaikan Diri Dengan Gaya Nyanyian Yang Berbeza Demi ‘Erti Rindu’

Meh admin cerita sikit, sos flamin ni rasa dia creamy dan tangy menjadikan rasa dia seimbang bila dipadankan dengan Fish ‘N Chips tersebut.

Api tersebut pula memberikan rasa ‘smoky’ dengan sedikit rasa caramelized yang bantu mempertingkatkan rasa dan aroma sos tersebut.

Memang rugi kalau tak cuba sebab memang A plus rasa dia!  Untuk menu pula, antara yang korang boleh pilih sama ada nak pilih ikan Dory, Snapper atau Alaskan Pollock!

Flamin’ Fish ‘N Chips Cherry Snapper – Spicy

Flamin’ Fish ‘N Chips Alaskan Pollock

Flamin’ Fish ‘N Chips Dory

 

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular