Menutup Jurang Perawatan: Menyokong Tema Hari Kanser Sedunia dengan Peningkatan Kesedaran dan Penjagaan Kanser

Shopee Sale


Setiap tahun, pada tanggal 4 Februari, seluruh dunia menyambut Hari Kanser Sedunia. Hari ini bukan hanya untuk mengenang individu yang telah melalui cabaran kanser, tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran tentang pencegahan, rawatan, dan penyelidikan kanser.

Tahun ini, sambutan Hari Kanser Sedunia telah pun memasuki tahun ketiga dengan membawa tema Close the Care Gap dan bertujuan untuk memberikan penekanan kepada penjagaan kanser yang  menumpukan kepada keperluan pesakit secara keseluruhannya dan bukanlah kepada penyakit sahaja.

Transformasi daripada tumor-centred kepada patient-centred ini menekankan kepentingan kesejahteraan fizikal dan psikologi pesakit kanser.

Ini dapat dilaksanakan dengan memastikan transisi kepada penjagaan berasaskan patient-centred ini dibantu dengan navigasi pesakit (patient navigation) dalam memenuhi keperluan pesakit kanser yang begitu komprehensif termasuk kepakaran perubatan dan empati oleh sistem kesihatan.

168,822 kes kanser baru  bagi tempoh 5 tahun

Menurut Registri Kanser Malaysia, bermula tahun 2017 hingga 2021, sejumlah 168,822 kes kanser baru telah dilaporkan dengan lima (5) kanser insiden tertinggi melibatkan kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser limfoma dan kanser hati.

Lebih membimbangkan, berdasarkan laporan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia 2023, kadar peratusan kematian akibat kanser juga telah meningkat dari 10.5% pada tahun 2021 ke 12.6% pada tahun 2022.

Selain itu, kanser juga merupakan sebab utama kematian di hospital-hospital swasta (26.44%) dan sebab kematian keempat di hospital KKM (9.29%) berdasarkan Laporan Fakta Kesihatan Malaysia 2023.

Pengesanan penyakit di tahap yang lewat iaitu pada tahap III dan tahap IV yang tinggi melebihi 60% dari keseluruhan kanser yang dilaporkan (berdasarkan  laporan oleh Registri Kanser Malaysia) juga dapat dikaitkan dengan punca kematian yang tinggi ini. 

Manakala, tahap kanser semasa penyakit dikesan menyumbang kepada kadar kelangsungan hidup pesakit-pesakit  kanser.

Tonggak 2 & 3 Kertas Putih Kesihatan (HWP)

Dalam tonggak 3 Kertas Putih Kesihatan (HWP), KKM menyatakan aspirasinya dengan memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan dan saksama serta rakyat menerima perkhidmatan komprehensif yang tidak terikat kepada kemampuan termasuk penjagaan kesihatan bagi pesakit kanser. 

Secara tidak langsung, strategi reformasi ini akan menyumbang ke arah pengurangan perbelanjaan out-of-pocket (OOP) serta mengurangkan perbelanjaan kesihatan yang memudaratkan. 

MENARIK:  Bella & Didi Astillah Bermanja-Manja!

Manakala misi tonggak 2 HWP pula menfokuskan kepada usaha untuk mempertingkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit termasuk penyakit kanser, dengan memperkukuhkan fungsi kesihatan awam akan diteruskan melalui aktiviti promosi dan pencegahan terutama di fasiliti kesihatan primer KKM.

Ini termasuk saringan bagi kanser kolorektal menggunakan ujian IFOBT, saringan bagi kanser payudara melalui pemeriksaan klinikal atau pemeriksaan sendiri dan ujian mammogram, saringan kanser servik melalui ujian calitan pap (Pap Smear) dan ujian HPV serta pemeriksaan mulut sendiri atau pemeriksaan tahunan ke klinik kesihatan bagi aktiviti saringan kanser mulut. 

Dalam pada itu, KKM melalui Program Imunisasi Kebangsaan turut menjalankan pemberian vaksin seperti vaksin Hepatitis B  kepada bayi serta vaksin Human Papillomavirus (HPV) yang ditawarkan kepada remaja perempuan berusia 13 tahun. 

Justeru, sempena sambutan Hari Kanser Sedunia pada tahun ini, marilah kita semua sama-sama terus mengamalkan gaya hidup yang sihat, di samping memahami, menyokong, dan menyebarkan kesedaran tentang usaha yang dapat diambil untuk mengurangkan risiko kanser serta bergandingan tangan untuk memerangi kanser dan memberikan sokongan kepada mereka yang sedang berjuang.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular