Mimi Lana Minta Syafiq Kyle Selit Doa Di Makkah, Serah Soal Jodoh Pada Allah – ‘Saya Follow With The Flow’

Shopee Sale


mimi

Meskipun hasrat untuk mendirikan rumah tangga tidak diteruskan, namun pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle dilihat masih mempunyai perhubungan yang baik.

Enggan ulas lanjut

mimi

Ketika ditemui Mimi atau nama sebenarnya Rozaiana Zainal Abidin berkongsi bahawa dia ada mengirim doa kepada Syafiq semasa aktor itu berada di Makkah untuk mengerjakan umrah baru-baru ini.

Alhamdulillah, saya pun ada cakap dekat dia untuk doakan saya.

Bagaimanapun, Mimi memilih untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut berkenaan status hubungan mereka dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

Saya tak nak cakaplah tentang perkara ini. Kalau asyik cakap berulang-ulang nanti orang akan kata saya cakap benda yang sama, jadi tak seronok.

Tapi apa yang boleh saya katakan adalah ini semua kerja tuhan. Saya follow with the flow.

Mimi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Framed di Dadi Cinema, Pavillion pada Jumaat lalu.

Watak ‘intense’

mimi

Memegang watak sebagai seorang wartawan yang perlu menguraikan masalah keluarga, aktres berusia 29 tahun itu berkata dia harus bermain dengan emosi yang mendalam kerana tidak pernah mengalami situasi tegang di dalam keluarganya.

Saya datang daripada keluarga yang tidak pernah lalui pengalaman seperti itu jadi untuk masukkan roh ke dalam watak ini saya perlu menjadi seorang yang sangat intense.

Saya juga tak ada masalah bekerja dengan pengarah (Sein Qudsi) walaupun dia keep pushing. Tapi saya suka dan saya enjoy sebab saya memerlukan tunjuk ajar seperti itu.

Dalam pada itu, Mimi memaklumkan bahawa dia juga ada mengambil guru lakonan untuk membantunya di set penggambaran.

Saya ambil acting coach untuk saya mendalami lagi tentang watak ini sebab saya tak banyak tengok rujukan. Kalau boleh saya nak watak ini organik dan tidak meniru mana-mana karakter.

Drama bersiri Framed yang berkisarkan tentang jenayah dan pencemaran alam sekitar tersebut turut membariskan nama-nama besar di dalam industri antaranya Meerqeen, Zamarul Hisham, Rusdi Ramli, Nam Ron, Khir Rahman, Ka Hoe, Riz Amin, Vanida Imran dan ramai lagi.

MENARIK:  ‘Saya Maafkan Beliau Tapi Untuk Melupakan Tak Tahu Bila’ – Bella Astillah

Terdahulu, majlis pernikahan pasangan pelakon ini yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2023 telah pun dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Untuk rekod, Syafiq dan Mimi pernah putus cinta selepas lima tahun menjalinkan hubungan namun hati mereka kembali bertaut setelah berkongsi foto majlis pertunangan di media sosial masing-masing sekitar Januari tahun lalu.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular