Mira Filzah Tak Melatah Nama Tersenarai – ‘Siapa Dah Lama Follow Mesti Tahu Apa Yang Saya Repost’

Shopee Sale


Gerakan Blockout2024 yang dilancarkan wargamaya dilihat bukan sahaja berlaku terhadap selebriti Holywood, malah turut berlaku kepada artis dan pempengaruh tanah air.

Antara nama artis negara yang mahu diboikot wargamaya tempatan termasuklah pelakon jelita, Mira Filzah.

‘Dan-dan repost pasal Palestin’

Terbaharu, seorang pengguna di aplikasi X memuat naik ciapan mendakwa pelakon filem ‘Sangkar’ itu menyiar semula (repost) hantaran mengenai isu yang berlaku di Palestin.

Dakwa pengguna tersebut, Mira sengaja berbuat demikian kerana takut dirinya akan diboikot rata-rata netizen negara.

Dan-dan ja Mira Filzah ‘repost’ pasal Palestin.

Mira Filzah tak melatah

Tidak mendiamkan diri, pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman ini tampil membalas ciapan dibuat pengguna tersebut.

Menurut Mira, dia sama sekali tidak ambil pusing dengan dakwaan tersebut. Sebaliknya menegaskan bahawa para pengikut yang sudah lama mengikutinya tahu solidariti yang diberikannya sebagai seorang selebriti terhadap kejadian di Palestin.

Siapa yang datang semata mata nak stalk sahaja rasa “dan dan” repost. Siapa yang dah lama follow or memang follow, mesti tahu apa yg saya selalu repost.

Meh saya tunjuk ya. Sebelum 12 Mei (sebelum trend block ini menjadi viral) saya sudah repost (mengenai Palestin) pada pada 7,8,9 dan 10 hari bulan.

Hantaran tersebut meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya mengecam pengguna yang melemparkan dakwaan sehingga mendatangkan kebencian terhadap Mira.

MENARIK:  [VIDEO] Kieda Crepe Beri Bonus Pekerja Guna ‘Saving’ Sendiri, Sales ‘Drop’ Sepanjang Ramadan

Sekadar info, gerakan Blockout2024 ini dibuat susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.

Antara artis tempatan yang disenaraikan bagi gerakan ini termasuklah Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, Dahlia Rizal dan ramai lagi.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular