Tepati ramalan! Wakil dari Malaysia iaitu Rashmita Rasindran berjaya memenangi pertandingan Miss Charm 2024.
Dapat sorakan yang gemuruh
Pertandingan yang diadakan di Nguyen Du Stadium, Ho Chi Minh City, Vietnam, semalam menyaksikan Rashmita berjaya mengalahkan 35 peserta dari negara lain. Setiap pusingan kelayakan, Rashmita dilihat memberikan yang terbaik sehingga seluruh dewan memberikan sorakan yang gemuruh buatnya.
Bukan itu sahaja, gadis berusia 24 tahun ini berjaya menambat hati masyarakat dari seluruh negara termasuk dewan juri.
Menerusi pemerhatian pihak Rashmita antara peserta yang terawal diramalkan akan memenangi pertandingan Miss Charm pada tahun ini. Kualiti dan aura yang ada pada Rashmita membuatkan dirinya sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Ternyata, ramalan netizen tepat dan kemenangan itu berpihak kepada Rashmita.
Sekadar info, Alana Deutsher-Moore dari Australia meraih tempat kedua dan Nguyen Thi Quynh Nga dari Vietnam mendapat tempat ketiga.
Video
View this post on Instagram