Model Sambilan Tikam Teman Lelaki Sampai Mati Sebab Curang

Shopee Sale


Sekadar gambar hiasan

Seorang jurugambar maut dipercayai ditikam oleh teman wanitanya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Bandar Rimbayu, pada Isnin.

Tikam teman lelaki

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, pihaknya menerima laporan daripada doktor di Hospital Cyberjaya yang memaklumkan menerima seorang pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, pengadu telah membuat bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam masa 30 minit tetapi tiada tindak balas dan denyutan nadi dari mangsa, 26. Terdapat kesan kecederaan luka tikaman di bahagian pergelangan tangan kiri dan kaki kiri mangsa dipercayai ditikam dengan sebilah pisau.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa telah membuat tangkapan terhadap teman wanita mangsa di kawasan hospital.

Hasil semakan, wanita berusia 26 tahun itu adalah bekas pelajar perubatan dan bekerja sebagai model sambilan serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah cemburu kerana suspek mendapati mangsa telah berlaku curang terhadapnya.

Wanita berkenaan direman enam hari bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati.

MENARIK:  [VIDEO] Isteri Pertama Aslam Mendedahkan Perkahwinan Muda pada Usia 21 Tahun, Terselit Persendaan Mengenai Perkahwinan Ketiga?

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular