Momen Menyentuh di Konsert Cakra Khan: Gadis Istimewa Bawa Burger Atas Pentas dan Menangis Ketika Menonton Video Klip Ibu

Shopee Sale


Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Penyanyi undangan power!

Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, 32, kali ini menampilkan 3 barisan penyanyi undangan yang cukup hebat iaitu Datuk Seri Rossa, Judika dan Dayang Nurfaizah. Tak dinafikan, gabungan keempat-empat legenda dari Indonesia dan Malaysia telah membuatkan para penonton ‘histeria’ sepanjang konsert berlangsung.

Pada pertengahan konsert, Cakra telah berduet bersama Dayang Nurfaizah dengan mendendangkan lagu Di Pintu Syurga. Ketika ditemui , Cakra berkata, lagu tersebut merupakan antara lagu kesukaannya. Dayang kemudian mempersembahkan nyanyian solonya dengan lagu Umpan Jinak Di Air Tenang.

Seterusnya, Cakra berduet bersama Rossa dengan membawakan lagu Terlanjur Cinta. Selain itu, Rossa turut mendendangkan 2 buah lagu berjudul lagu Terlalu Cinta dan Lupakan Cinta. 

Penyanyi undangan terakhir yang dibawa Cakra ke pentas Kuala Lumpur adalah Judika. Para penonton enjoy saat Judika dan Cakra menyanyikan lagu Bukan Dia Tapi Aku. Judika kemudian menyampaikan lagu Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja dengan penuh perasaan.

Cakra menitiskan air mata

Dalam kemeriahan konsert, suasana di Dewan Plenary tiba-tiba menjadi sayu saat klip video ibu Cakra iaitu Entik Trisuyatmi ditayangkan di skrin. Menurut Cakra, ibunya tidak dapat hadir menonton konsertnya di Kuala Lumpur kerana ada urusan yang perlu diselesaikan di Indonesia. Cakra juga dilihat menitiskan air mata saat mendengar ucapan daripada ibu tersayang.

Kata-kata dan doa yang dititipkan Entik bukan sahaja menyentuh hati si anak, Cakra malah seluruh penonton di dewan turut tersentuh.

Eerah bawa burger atas pentas

Lebih menghangatkan suasana apabila Cakra dikejutkan dengan kehadiran seorang gadis istimewa (Orang Kelainan Upaya) iaitu Jaheerah atau lebih mesra dengan panggilan Eerah, 30, di atas pentas dengan membawa sebiji burger ‘kahwin’ yang disediakan sendiri olehnya.

Menurut Cakra, dia sudah menonton video yang pernah tular di media sosial memaparkan kegigihan Eerah menjual burger meskipun memiliki kekurangan diri. Tambah Cakra, dari situ dia mula mengagumi semangat Eerah dan membuatkan dia bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Benda yang saya belajar daripada Eerah, dia sentiasa tabah (mempunyai harapan), bahawa kita dapat lakukan yang terbaik dalam hidup.

Berduet dengan anak saudara TokTi

Cakra sekali lagi menerima kejutan apabila bergandingan bersama anak saudara penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Ummi Umairah atau lebih mesra dengan panggilan Umai menerusi lagu Seluruh Cinta.

Ini juga kejutan buat saya kerana pada awalnya saya sudah bersedia untuk menyanyikan lagu itu seorang diri. Kami tidak membuat sebarang latihan tetapi saya akui suara dia sangat luar biasa.

Cakra akui terkejut kerana gandingan tersebut bukanlah satu perkara yang dirancang malah ketika rehearsal, Cakra membuat latihan nyanyian solo untuk lagu tersebut.

MENARIK:  ‘Enough Sarah Yasmine!’ – Azhar Sulaiman 

Konsert anjuran Seven Skies Motion Sdn Bhd menyaksikan persembahan muzik diiringi orkestra yang diketuai maestro tersohor, Datuk Ramli MS.

Sebanyak 23 lagu dipersembahkan termasuk Mencari Cinta Sejati, Kepada Hati, Rindu Tak Bersuara, Harus Terpisah,Setelah Kau Tiada, Lupakan Cintra Kekasih Bayangan, dan sebuah lagu baharu iaitu Broken Symphony.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular