Mufti Beri Respon Trend Pengantin Perempuan Pakai Busana Mencolok Mata 

Shopee Sale


wan salim

Isu busana pengantin mencolok mata antara topik yang mendapat perhatian ramai berikutan ianya dilihat tidak sesuai untuk digayakan terutama bagi majlis akad nikah.

Pandangan mufti

wan salim

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menekankan bahawa trend pemakaian busana pengantin seperti itu bagi wanita beragama Islam adalah bercanggah dengan cara pemakaian yang disyariatkan dalam Islam.

Seperti yang diketahui oleh majoriti masyarakat Islam bahawa hukum menutup aurat adalah wajib di dalam Islam. Aurat lelaki Muslim (wajib ditutup) ketika berada di hadapan khalayak ialah di antara pusat dan lutut.

Sementara bagi wanita Islam pula diwajibkan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan ketika kehadiran lelaki ajnabi atau bukan mahram.

Bagaimanapun, pakaian itu disyaratkan tidak nipis sehingga menampakkan kulit dan tidak pula terlalu ketat.

Pada prinsipnya, wanita Islam diharuskan memakai apa juga fesyen pakaian termasuk ketika menghadiri majlis akad nikah dengan syarat-syarat seperti dinyatakan.

Beliau juga berkata trend tersebut wajar ditinggalkan berikutan ianya merupakan satu budaya jahiliah dan mungkar.

MENARIK:  Wanita Luah Rasa Kecewa, Suami Ugut Nak Kahwin Lain Sebab Bersalin ‘Czer’ – ‘Tak Nak Aku Dapat Wife Rosak’

Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang busana pengantin yang digayakan oleh seorang selebriti wanita. Tindakan tersebut telah dikecam susulan dia mengenaikan pakaian yang terdedah pada bahagian dada semasa majlis akad nikah.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular