Muzik Video Dulu, Kini & Akhirnya Bikin Penonton Menitiskan Air Mata – ‘Mirza Sebenarnya Ada 4 Isteri?’

Shopee Sale


Penyanyi terkenal, Marsha Milan Londoh akhirnya melancarkan muzik video single terbarunya berjudul ‘Dulu, Kini dan Akhirnya’.

Muzik video Dulu, Kini dan Akhirnya

Ketika ditemui , Marsha meluahkan rasa syukur kerana lagu ‘Dulu, Kini dan Akhirnya’ diberi kepercayaan untuk menjadi soundtrack untuk drama Samarinda ‘Lelaki Itu’, yang telah ditayangkan di TV3 sejak Ramadan lalu.

Bercerita mengenai konsep yang ditampilkan, Marsha menjelaskan idea tersebut adalah hasil perbincangannya bersama pengarah dan seluruh individu yang terlibat dalam pembikinan muzik video Dulu, Kini dan Akhirnya.

Penceritaan muzik video tersebut adalah imiginasi saya untuk ending Lelaki Itu. Sebab itu kami bersepakat untuk keluarkan muzik video ini selepas episod akhir Lelaki Itu ditayangkan. Dia ada sedikit kaitan dengan drama tu.

Dalam pada itu, Marsha menjelaskan kisah daripada muzik video Dulu, Kini dan Akhirnya itu mempunyai kesinambungan dengan muzik video lain yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Apabila ditanya mengenai fokusnya dalam pemilihan lagu, Marsha akui dia terbuka jika lagunya dijadikan OST malah percaya penyampaian sesebuah lagu itu lebih berkesan sekiranya diceritakan secara visual seperti dalam drama.

Saya rasa sekarang adalah satu platform yang sangat berkesan dan menjadi kalau kita kaitkan sebuah lagu dengan drama. Saya rasa tak salah kalau kekalkan momentum yang sama. Setakat ini, itu adalah pendekatan untuk lagu-lagu single saya.

Sekadar info, ‘Dulu, Kini dan Akhirnya’ merupakan hasil ciptaan dan penulis lirik Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan Omar K.

MENARIK:  Pentingnya Mengutamakan Anak Ketika Allah Memberikannya - Pesan Fynn Jamal kepada Mizz Nina & Noh untuk Menyisihkan Ego demi Musa

‘Dulu, Kini dan Akhirnya’ boleh didengari di pelbagai platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer. Muzik video boleh ditonton di Youtube Alternate Records & Talent.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.  

Komen

Video

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular