Myra Natasya Dakwa Halim Othman Tidak Ada Hubungi, Perjelas Sebab Buat Pendedahan – ‘Jika Di Tempat Saya, Anda Akan Memahami’

Shopee Sale


Myra Natasya

Sebelum ini, bekas penyampai radio, Halim Othman memberitahu akan berusaha untuk menghubungi anaknya iaitu pelakon Myra Natasya bagi menyelesaikan isu anak luar nikah.

Belum berhubung

Myra Natasya

Bagaimanapun, Myra ketika dihubungi berkata, tiada sebarang panggilan telefon mahupun pesanan mesej yang diterima daripada Halim sehingga malam Isnin.

Menurut Myra atau nama lengkapnya Yusmyra Natasya Abdullah, 29, dia hanya berhubung dengan ibunya sahaja iaitu Yusnita Omar, 49.

Tiada, dia (Halim Othman) tak ada call pun. Merepek. Saya hanya ada jawab mesej ibu sahaja di Whatsapp.

Dalam pada itu, Myra memberitahu tujuan dia membuat pendedahan kepada umum adalah untuk mendapatkan keadilan dan penjelasan daripada Halim.

Saya faham kenapa mereka (netizen) marah dan mereka berhak untuk mengutarakan pendapat mereka.

Cuma bagi saya, saya ada sebab sendiri dan hakikatnya saya cuma mahukan satu penjelasan.

Saya tidak cakap apa yang saya telah lakukan adalah cara terbaik tetapi mungkin jika anda berada di tempat saya mungkin anda akan lebih memahami.

Terdahulu, Myra mendedahkan bahawa Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin di Thailand seperti mana yang dicanang sebelum ini.

MENARIK:  ‘Saya Tak Salahkan Penyondol’ – Amyra Rosli Salahkan Lelaki Punca Rumah Tangga Diganggu Orang Ketiga

Lebih mengejutkan, Myra mendedahkan dia sebenarnya anak tidak sah taraf atau anak luar nikah.

Kata pelakon itu, tujuan dia menipu adalah untuk menjaga nama baik keluarga.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular