Nabila Razali Mohon Maaf, Isu Ibu Pandu Kereta Tanpa LKM & Insurans

Shopee Sale


Nabila Razali

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali memohon maaf berhubung empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, Januari lalu.

Didenda RM480

Nabila Razali

Susulan itu, Nabila atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali, 31, bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman, 58, didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka, pada Selasa.

Sehubungan itu, pelantun lagu Tangis ini enggan memanjangkan isu berkenaan dan memohon orang ramai tidak mensensasikan perkara itu.

Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan pada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu, sekali gus sebagai pemilik saya terpalit juga.

Diakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS).

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan saja buat saya dan ibu, tapi juga seluruh rakyat Malaysia. Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf.

Mengikut pertuduhan, Nabila sebagai pemilik kereta didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan itu dengan LKM tamat tempoh pada 29 September lalu dan tanpa polisi insurans bagi pihak ketiga.

MENARIK:  8 Tahun ‘Berehat’ Daripada Pementasan Teater, Azhan Rani Buat ‘Comeback’ Menerusi Naskhah Andak Bertandak

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular