Nad Zainal Dikatakan Berwajah ‘Awam’ & Tak Layak Jadi Heroin, Empunya Badan Respon – ‘Sentiasa Bersyukur’

Shopee Sale


Nad Zainal

Pelakon Nad Zainal terpanggil untuk memberi komen apabila terdapat segelintir netizen yang mengatakan wajahnya tidak sesuai menjadi peneraju drama.

Wajah awam

Nad Zainal

Tidak mengambil perkara itu sebagai hal serius, Nad atau nama lengkap Farah Nadia Zainal Abidin, 34, sebaliknya bersyukur kerana wajah ‘awam’ dimiliki menyebabkan dia berjaya membawakan pelbagai watak.

Bila orang kata sebagai heroin kau tak cukup lawa untuk slot 7 pm, tapi sebabkan muka kau muka awam selalu dapat watak kampung, watak cacat, watak psiko. Jadi nak gembira atau sedih?

Nad berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, di ruangan kapsyen, Nad memberitahu rezeki seseorang bukan bergantung kepada kecantikan dimiliki.

Semua ada peranan masing-masing. Lawa atau tidak, semua ada rezeki atau tempat tersendiri. Sentiasa bersyukur.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya menafikan kenyataan mengatakan Nad berwajah ‘awam’.

Netizen berpendapat, bakat adalah lebih utama berbanding rupa. Malah, mereka turut memuji semua karya lakonan isteri kepada aktor Ungku Ismail itu yang sentiasa meninggalkan kesan kepada penonton.

MENARIK:  Raya Cancel? Apa Jadi Sampai Keluarga Danish Sampai Tak Jadi Beraya?

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular