Nadhir Nasar Tampil Jawab Isu Promosi Barangan Boikot – ‘Maaf Atas Kekhilafan Saya & Rakan Artis Lain’

Shopee Sale


nadhir

Susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.

Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh wargamaya di Malaysia. Antara nama artis yang disenaraikan adalah pelakon meningkat naik, Nadhir Nasar.

Penjelasan Nadhir

nadhir

Menerusi ciapan di X, Nadhir atau nama lengkapnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar memuat naik penjelasan tentang isu berkenaan.

Menurut Nadhir, jika dia menamatkan kontrak lebih awal dia bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Malah ianya juga akan memberi kesan kepada banyak pihak berikutan kontrak yang sudah ditandatangani.

Tidak setanding langsung (financial penalties dengan nasib penduduk Palestine). Tetapi financial penalties itu banyak untuk dibayar oleh saya sendiri. Maaf atas kekhilafan saya. Teruskan usaha untuk melawan. Saya buat apa yang saya mampu, insyaAllah dengan izin tuhan.

Maaf atas kekhilafan saya dan rakan artis yang lain. Warganet, awak semua ada hak untuk bersuara dan impaknya sangat besar. Percayalah.

Bagaimanapun, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu mengambil serius terhadap isu tersebut selain tetap akan berkongsi perkara-perkara positif selepas ini.

MENARIK:  ‘Baik Sebagai Aina Abdul Mahupun Nurul Aina, Saya Masih Menjadi Diri Saya Iaitu Aina’

Terdahulu, Nadhir dilihat antara selebriti tempatan yang lantang bersuara di media sosial berhubung isu peperangan antara Palestin dengan Israel sebagai tanda solidariti terhadap mereka.

Namun warganet meluahkan rasa kecewa kerana Nadhir antara artis yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.

Warganet juga dilihat kesal berikutan ramai selebriti tempatan didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular