Nahas Helikopter: Kakak Sulung Dedah Adik Mat Minta Nak Makan Nasi Putih Dengan Telur Goreng & Ikan Masin

Shopee Sale


Kakak sulung kepada salah seorang daripada 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Noryani Tamadun memaklumkan adiknya, Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun ada menyatakan hasrat untuk makan nasi putih, telur goreng dan ikan masin sewaktu berkumpul bersama ahli keluarga pada hari raya pertama yang lalu.

‘Takut tak sempat’

Memetik laporan Berita Harian, Allahyarham Faisol meminta kakaknya untuk berbuat demikian kerana takut tidak sempat untuk merasai juadah tersebut selepas ini.

Menurut Noryani, dia tidak menyangka gurauan adik bongsunya itu seakan petanda untuknya pergi buat selama-lamanya meninggalkan kaum keluarga yang lain.

Adik ada minta nak makan nasi, telur goreng dan ikan masin. Dia kata takut tak sempat makan selepas ini.

Apabila adik cakap takut tak sempat makan, hati saya terdetik kenapa dia cakap macam ini?

Tambah Noryani, raya pertama tempoh hari merupakan kali terakhir mereka berkumpul sebelum arwah berangkat pulang ke Sabah pada pagi raya kedua.

Selain itu pada pagi Aidilfitri, dia ajak kami tiga beradik bergambar, walaupun seorang lagi adik perempuan yang bekerja sebagai polis di Pahang belum sampai.

Arwah kata kita ambil gambar bertiga dulu, nanti takut ‘seorang hilang’, nanti kakak balik (adik kerja polis) akan ganti, dia kata mungkin ini gambar terakhir kita.

Saya rasa pelik kenapa dia cakap ‘seorang hilang’, masa nak balik pun dia cakap kita jumpa terakhir sudah ini, hari ini (Selasa) semuanya terjawab.

Dalam pada itu, wanita berusia 50 tahun tersebut memaklumkan dirinya reda dengan pemergian adik bongsunya itu selepas kehilangan ibu dan bapa mereka pada Januari dan Ogos tahun lalu.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Sekarang Ramai Penyondol, Takut’ – Bella Astillah

Sekadar info, Muhammad Faisol merupakan salah seorang daripada 10 orang yang maut selepas terlibat dalam nahas dua buah helikopter milik TLDM terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pada pagi Selasa.

Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di situ dilaporkan sedang menjalani Latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak perempuan berusia enam dan 10 tahun.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular