Naim Daniel ‘Sekolahkan’ Lelaki Ugut Bunuh Ibu Bapa Selama Tiga Jam – ‘Dia Buat Sebab Terikut Dengan Orang Lain’

Shopee Sale


Penyanyi Naim Daniel memberitahu ada bersemuka dengan lelaki yang direman polis atas kesalahan meninggalkan komen berbaur ugutan yang mengancam keselamatan keluarganya, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Naim Daniel Kecewa Dihina, Diancam Netizen Sampai Libatkan Mak Bapak

Artikel berkaitan: ‘Semoga Kita Tak Berada Dalam Golongan ‘Terpaling’ – Naim Daniel Kena Kecam, Dituduh ‘Backup’ Rakan Artis?

Tiga jam ‘disekolahkan’

Memetik laporan Harian Metro, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata, dia ‘sekolahkan’ individu tersebut selama tiga jam untuk memberinya kesedaran.

Pada waktu itu, saya melihat dia dalam keadaan bergari. Saya terus tanya pada dia, ‘kau tak menyesal ke masuk penjara semata-mata kecam aku?’ Memang saya beri ceramah percuma selama tiga jam supaya dia sedar dengan apa yang dia buat.

Namun, dia hanya jawab pada saya tindakan yang dilakukannya itu adalah disebabkan terikut-ikut dengan orang lain. Terus saya rasa macam tergamam sekejap.

Menurut Naim, tindakan yang diambil adalah untuk memberi pengajaran kepada netizen untuk lebih berhati-hati apabila meninggalkan komen.

Bagi saya, tindakan yang saya buat ini memang dah betul. Kalau tengok netizen depan-depan tidaklah berani mana pun. Ini semua demi pengajaran.

Dalam pada itu, Naim membuat keputusan untuk memadam ribuan komen negatif di hantarannya yang menimbulkan kontroversi.

Malah, dia juga memahami setiap orang mempunyai fahaman yang berbeza sekaligus mengundang mereka untuk memberi kecaman.

Saya dah padam 2,000 komen berbaur negatif dalam video saya. Malah, saya pun dah mula berdamai dengan masyarakat dan mungkin fahaman mereka agak berbeza dengan apa yang saya nak sampaikan pada waktu itu.

Saya tidak menyalahkan mereka. Mungkin cara penyampaian sendiri pun salah sehingga mereka berani melakukan tindakan sebegitu rupa.

Terdahulu, Naim membuat laporan polis terhadap pengguna akaun media sosial yang menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya di Balai Polis Semenyih.

MENARIK:  [VIDEO] Aliff Aziz Dedah Ibu Tak ‘Judge’, Anggap Bella Curang Sebagai Kifarah – ‘Saya Maafkan Awak’

Komen tersebut diterima selepas Naim berkongsi pendapat tentang isu Blockout 2024 dalam kalangan artis.

Susulan itu, seorang lelaki ditahan di Perak pada pertengahan Mei lalu dan telefon suspek yang berusia 24 tahun itu turut dirampas bagi membantu siasatan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular