Nak Kulit Cantik Kena Banyak Minum Air, Mitos Atau Fakta? – Ini Rahsia Disebalik Kulit Sihat

Shopee Sale


Selalu sangat kita dengar kalau nak kulit cantik kena banyak minum air, tapi betul ke? Haa.. Minum air dengan mencukupi adalah sangat penting, bukan sahaja untuk kulit tetapi untuk keseluruhan kesihatan tubuh juga.

Tapi, kena ingat bukanlah minum air manis, sebaiknya adalah air mineral. Psst.. Buat korang yang idamkan kulit sihat berseri, tips dari kami adalah untuk pilih air mineral dengan kandungan silika tinggi seperti Spritzer.

Silika bukan sahaja bagus untuk kulit

Silika atau silica adalah mineral yang terdapat dalam pelbagai makanan dan tumbuhan. Ia memainkan peranan penting dalam pembentukan dan penyelenggaraan kolagen, sejenis protein yang memberikan kekuatan, kelembapan dan keanjalan pada kulit, rambut dan kuku.

Antara kebaikan silika:

  1. Menyokong penstrukturan kolagen: Silika membantu dalam pembentukan struktur kolagen dengan menyokong sintesis protein ini dalam badan.
  2. Meningkatkan kesihatan kulit: Dengan meningkatkan pengeluaran kolagen, silika boleh membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit, sekaligus memberikan korang penampilan kulit yang lebih berseri.
  3. Menguatkan rambut dan kuku: Silika menyokong kekuatan rambut dan kuku dengan memastikan kolagen dan protein lain dapat membentuk struktur yang sihat.

Malah, silika juga baik untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh terutamanya untuk kebaikan sendi korang.

Silika menyokong kesihatan sendi dengan meningkatkan keanjalan dan kekuatan tisu penghubung di sekitar sendi, membantu mengurangkan risiko kesakitan sendi dan arthritis.

Selain itu silika juga boleh bersifat anti-radang yang berkesan dalam mengurangkan keradangan sendi dan meningkatkan mobiliti.

Spritzer mengandungi kandungan silika yang tinggi

Air mineral Spritzer mengandungi kadar silika yang sangat tinggi iaitu sebanyak 60mg dalam setiap liter, sehingga mereka diiktiraf sebagai salah satu jenama di dunia dengan kandungan siliqa tertinggi!

Paling penting, sumber air mineral Spritzer datangnya terus dari alam semula jadi, dijamin selamat dan baik untuk kesihatan badan!

MENARIK:  Scha Alyahya Terkilan Dengan Sikap Netizen Yang Ugut Naim Daniel, Tak Teragak Ambil Tindakan Polis Jika Berdepan Situasi Sama

Bukan itu je, malah mereka juga telah menerima pengiktirafan antarabangsa dengan memenangi ‘Superior Taste Award’.

Minum Silika untuk ‘Siliqa’

Bila badan dah penat dengan aktiviti harian ditambah pula dengan keadaan cuaca yang cenderung panas, apa yang korang perlukan hanyalah air mineral Spritzer untuk segarkan badan dan rasai pengalaman ‘siliqa’ – sensasi kesegaran yang bakal melegakan tekak dan badan korang!

Haa.. Dengan semua kebaikan dan kelebihan yang dah kami kongsikan ini tak ada lagi alasan untuk korang kurang minum air tau!

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kandungan silika dalam air mineral Spritzer sila klik di SINI.

Air mineral Spritzer boleh didapati dikesemua rangkaian pasaraya berhampiran korang dan juga di kedai serbaneka. Korang juga boleh beli secara online melalui Shopee atau melalui pautan INI.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Spritzer korang boleh ikuti laman Instagram dan TikTok Mereka.

The following two tabs change content below.



News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular