‘Nak Tutup Macam Mana Lagi?’ – Bella Astillah Anggap Caprice Takut, Dakwa Jadi Dalang Buat Akaun Palsu Sebar Aib

Shopee Sale


Pelakon Bella Astillah menganggap Caprice dalam ketakutan gara-gara namanya turut terlibat dalam konflik mereka melalui pendedahan kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.

Artikel berkaitan: ‘Aliff Aziz Tunjuk 400 Lebih Bukti Gambar, Video, Tiket Penerbangan Bella & Muaz’ – Caprice

Artikel berkaitan: Caprice Batal Perjumpaan Tergempar Bersama Bella Astillah, Aliff Aziz, Ruhainies & Sarah Yasmine – ‘Semua Sedia Berdamai, Tapi Ada Sabotaj’

Didakwa dalang penyebaran video Bella & Muaz

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Bella memberitahu sudah terbukti Caprice sebagai dalang dalam menyebarkan fotonya bersama pelakon Muaz Zabir yang menggunakan akaun TikTok Edisi Umat.

Lepas tu sekarang Cap (Caprice) dah takut sebab ada nama dia pun terlibat dalam perancangan buat akaun palsu dan post aib-aib dengan niat yang salah.

Cap naikkan balik benda yang dah selesai tu semata nak menutup yang dia juga terlibat. Ya Allah…nak tutup macam mana lagi ni Cap?

Pada malam Rabu, Sarah mendakwa video Bella dan Muaz yang disebarkan di TikTok merupakan hasil suntingan penyanyi rap itu yang dikenali sebagai ‘Z’ di dalam perbualan mesej Ruhainies dan Aliff.

Menurut Caprice, Aliff menunjukkan bukti 400 gambar, video dan tiket penerbangan berkaitan Bella dan Muaz sebagai bukti terhadap semua dakwaannya.

Terkini, pembantu peribadi kepada Bella iaitu Niel Rafeq memuat naik hantaran mempersoalkan motif dan niat Caprice berkongsi gambar mereka di media sosial.

MENARIK:  [VIDEO] Yusof Haslam & Patimah Tak Simpan Dendam, Sentiasa Doa Syamsul Pulang Ke Rumah – ‘Tapi Kalau Dia Tak Balik, Kami Reda’

Kata Niel, dia menjelaskan penerbangan yang dimaksudkan bersama Muaz itu adalah atas urusan kerja dan Bella sentiasa dikelilingi beberapa individu lain.

Bakal tunjuk semua bukti

Tidak berdiam diri, Caprice menyatakan dia bakal mengumpulkan semua bukti antaranya resit, perbualan dan tiket penerbangan di aplikasi Telegram yang disediakan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular