Nana Mahazan Tak Pening Fikir Balik Raya Sebab Suami Mualaf – ‘Abang Saya Pun Kahwin Dengan Cina & Adik Kahwin Dengan India’

Shopee Sale


Nana Mahazan

Personaliti TV dan penyanyi, Nana Mahazan menganggap satu kelebihan buatnya apabila berkahwin dengan orang bukan Melayu kerana tidak perlu pening memikirkan giliran pulang ke kampung halaman setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri.

Kelebihan kahwin dengan Mualaf

Nana Mahazan

Malah, Nana atau nama lengkapnya Nurul Hana Che Mahazan mendedahkan dua adik-beradiknya juga berkahwin dengan mualaf.

Setiap tahun raya memang akan balik kampung saya. Memang satu kelebihan apabila suami tidak sambut raya, kerana dia seorang mualaf.

Lagi bertambah seronok kerana abang saya kahwin dengan bangsa Cina, saya kahwin dengan kacukan Cina-India dan adik lelaki saya pun kahwin dengan India. Hanya tinggal adik perempuan yang bongsu sahaja belum kahwin.

Bila fikir semula, setiap hari raya memang semua adik beradik akan balik rumah mak. Tak payah pening fikir nak balik kampung suami atau isteri.

Dalam pada itu, Nana berkata dia dan adik-beradiknya tidak pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan orang bukan Melayu.

Mungkin sudah jodoh kami adik beradik kahwin dengan orang bukan Malayu. Allah sudah tentukan segalanya.

Saya sentiasa fikir sesiapa sahaja boleh bawa agama lain masuk ke agama kita (Islam) dan menjadi tanggungjawab saya untuk ajar didikan agama.

Berkongsi mengenai sambutan raya, Nana berkata mereka sekeluarga akan memasak sendiri semua juadah.

Setiap kali raya, saya dan adik-beradik yang akan memasak. Mak hanya kawal dan duduk rehat sahaja. Semua hidangan kami yang sediakan.

Raya pertama sama seperti orang-orang lain, bermaafan di pagi raya dan makan juadah raya.

Sekadar info, Nana mendirikan rumah tangga dengan lelaki kacukan Cina-India iaitu Mohamed Raqeem Brian yang berasal dari Sarawak pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Althea dan Aaqib.

MENARIK:  Isu Ustazah Asma’ Harun: Filem ‘La Luna’ Beri Gambaran Negatif Terhadap Agama Islam

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular