‘Neelofa Belum Hamil Lagi, Dia Bahagia Membesarkan Dua Anaknya Sekarang’

Shopee Sale


Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai dakwaan selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa sedang hamil cahaya mata ketiga.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, khabar angin tersebut adalah tidak benar.

Tidak benar

Difahamkan, foto yang tular menampakkan Neelofa seolah-olah mempunyai ‘baby bump’ itu mungkin disebabkan pakaiannya yang labuh dan longgar.

Neelofa belum hamil lagi. Dia bahagia membesarkan dua anaknya sekarang ini. Doakan semoga dia dikurniakan rezeki menambah cahaya mata.

Terdahulu, terdapat spekulasi mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu sedang hamil anak ketiga menerusi foto terbarunya di Instagram.

Biarpun bukan kali pertama netizen berteka-teki mengenai status kehamilannya, namun ramai pihak teruja selepas melihat perubahan fizikal Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor yang kelihatan seperti mempunyai ‘baby bump’.

Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, 1.

MENARIK:  [VIDEO] Netizen Berdekah Gelak Tengok Remy Ishak Main ‘Game’ Ayam, Siap Terbaring Lagi!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular