Netizen Berpuas Hati di Fiesta dengan Banyak Info, 1,000 Saringan Kesihatan, Cabutan Bertuah & RM 1 Gunting Rambut

Shopee Sale


Sekarang sedang berlangsung Fiesta Membawa Senyuman di MyTown Cheras Shopping Centre!

Ada banyak aktiviti di sana antaranya Forum Talkshow Kemandirian Wanita bersama Rozita Che Wan, Podcast Tyzo “Susah Ke Cari Kerja?”, Izzue Islam Meet The Fans, Saringan Kesihatan Percuma, Laser Terapi Dan Robotik Percuma, Gunting Rambut RM1 dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, korang juga berpeluang untuk menang 1,000 hadiah misteri dekat sana.

Jom kita dengar apa kata orang ramai mengenai Fiesta Membawa Senyuman!

“Banyak aktiviti & hadiah menarik”-Taufiqah, 38.

“Ada macam-macam dekat sini! Aktiviti pun menarik. Akak bawa anak-anak datang potong rambut sebab ada perkhidmatan gunting rambut RM1.”

Menurut akak Taufiqah, melalui Fiesta ini, dia lebih tahu mengenai  Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan akan mendaftar di bawah skim ini demi kepentingan keluarga.

“Program seumpama ini patut dikekalkan. Banyak faedah orang ramai boleh dapat bila datang ke sini”, tambahnya lagi.

Bagus! Beri kesedaran tentang perlindungan keselamatan sosial-Abdul Hakim, 25

Datang jauh dari Bangi, Abdul Hakim, 25 mengharapkan aktiviti seumpama ini dikekalkan dan kalau boleh diuar-uarkan lagi kerana banyak faedah yang orang ramai boleh dapat.

“Program ni menarik, aktiviti pun banyak, bagus untuk bagi kesedaran pada orang awam tentang perlindungan keselamatan sosial sebab bencana kita tak tahu bila akan jadi.

PERKESO mahu sebar kesedaran tentang perlindungan keselamatan sosial!

Acara yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 1 Mac 2024 hingga 3 mac 2024 ini merupakan komitmen PERKESO yang bermatlamat untuk menyebarluas kesedaran tentang perlindungan keselamatan sosial kepada segenap lapisan masyarakat secara lebih dekat.

Ini termasuk dalam mengerakkan dan memastikan golongan sasaran utama iaitu golongan yang bekerja sendiri serta golongan wanita agar tampil untuk mendaftar dan mencarum PERKESO.

Jangan lepaskan peluang untuk daftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)!

Buat para suri rumah di luar sana, gunakan kesempatan ini untuk mendaftar Skim SKSSR di Fiesta Membawa Senyuman!

Ini penting kerana korang memainkan peranan utama dalam pembangunan institusi keluarga dan perlindungan keselamatan sosial dengan memberikan sokongan kepada ahli keluarga yang memerlukan.

MENARIK:  [VIDEO] Johan Ghazali Beli Jam Tangan Jenama Mewah Sebagai ‘Self Reward’, Netizen Dakwa Harga Cecah RM74,000

Selain itu, tumpuan khas PERKESO kepada golongan suri rumah turut dizahirkan menerusi Forum Talkshow Kemandirian Wanita bersama Rozita Che Wan.

Forum ini akan menjadi ruang terbaik kepada golongan wanita untuk berbincang dan berkongsi serta memperluas jaringan keselamatan sosial kepada wanita-wanita lain di luar sana.

Pendek kata, lebih banyak kebaikan disebarkan, lebih banyak senyuman dapat diukirkan.

Jom ramai-ramai ke Fiesta Membawa Senyuman!

Korang yang rindu nak jumpa dan beramah mesra dengan Kak Syanie Hisham. Boleh la datang dan cuba roti jala yang Kak Syanie jual. Ramai lagi artis macam Ayu Damit, kak Anne Abdullah, Izzue Islam yang buka booth di Fiesta Membawa Senyuman.

Ini peluang korang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim-skim, perkhidmatan yang disediakan oleh PERKESO.

Lagipun ada lebih 100 aktiviti menarik menanti korang sekeluarga termasuk pameran, gerai jualan, pemeriksaan kesihatan percuma, zumba, terapi laser dan robotik percuma dan banyak lagi di Fiesta Membawa Senyuman.

Hadiah misteri pun ada!

Jumpa korang di MyTown Cheras Shopping Centre, Kuala Lumpur  pada 1 Mac 2024  hingga 3 Mac 2024 bermula jam 10 pagi – 10 malam.

 

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular