Netizen Dapat ‘Hidu’ Kemesraan Fattah Amin & Amira Othman Hanya Gimik? – ‘Sah Marketing, Senang Kita Kena Tipu’

Shopee Sale


Amira Othman

Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi Amira Othman terus dikaitkan dengan pelakon Fattah Amin apabila mereka didakwa mempunyai hubungan istimewa.

Gimik & marketing?

Amira Othman

Bagaimanapun, netizen mula menyedari bahawa konten di media sosial yang saling berkait antara mereka hanya sebahagian daripada pemasaran atau ‘marketing’.

Andaian tersebut dibuat netizen selepas penyanyi berusia 32 itu memuat naik sepotong video di TikTok dan terdapat suara latar seorang lelaki dipercayai Fattah.

Menguatkan lagi andaian apabila tertera tarikh 10 Januari 2025 yang sering digunakan kebanyakkan penyanyi sebagai ‘tease’ untuk melancarkan ‘buah tangan’ baharu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya berasa terhibur apabila mereka sudah tertipu dengan konten dibuat.

Namun, tidak kurang juga yang berasa kecewa kerana sebelum ini menyangka Amira dan Fattah benar-benar bercinta.

Terdahulu, video rangkuman 2024 milik Amira mencuri perhatian apabila terdapat kelibat seorang lelaki yang didakwa adalah Fattah.

Selang beberapa hari, nama mereka mula menjadi bualan dan didakwa sedang menjalin hubungan cinta.

MENARIK:  Seminggu Hilang, Mayat Ketua Daerah Ditemui Tergantung Pada Pokok

Malah Amira turut meninggalkan komen pada video milik Fattah yang berkongsi mengenai ciri-ciri wanita pilihan selepas menyedari namanya dipetik.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular