Netizen Kritik & Kecam Alyah Gara-Gara Berang Kedai Serbaneka Tak Sediakan Beg Plastik – ‘Baru Keluar Gua?’

Shopee Sale


Pelantun suara ‘Kisah Hati’ iaitu Datin Alyah menerima kritikan daripada netizen setelah berkongsi perasaan berang terhadap sebuah kedai serbaneka yang tidak menyediakan beg plastik kepada para pelanggan.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Anggap Saya Wanita Lindungan Kaabah, Sebab Saya Pun Ada Angin Juga’ – Alyah

Baru keluar gua?

Menerusi sebuah posting di Instagram, Alyah berang apabila kedai tersebut tidak menyediakan beg plastik untuknya membungkus segala barang yang dibeli di kedai itu.

Bukan itu sahaja, Alyah mendakwa pekerja kedai tersebut tidak memberi sudu ais krim kepadanya bahkan didakwa berlagak sombong juga.

Bila pergi kedai serbaneka Gelang Patah tapi tak ada plastik. Habis yang aku beli barang ni untuk bawa macam mana?

Dah lah plastik bag tak ada. Aku beli ais krim mangkuk tak ada sudu. Bila minta sudu dia bagi 1 bagi mangkuk chopstick supaya aku sepit kepala dia ke apa? Dah lah tu dia suruh aku cari sudu ais krim tu sendiri then bila kita kata dik tak ada sudu ni. Casher dia buat bodoh sambil jawab dah habis.

Dah tahu sudu ais krim tu habis yang kau jual tu kenapa? Kau ingat semua orang makan ais krim ni makan kat rumah ke apa? Bila kita naik angin kat dia senang je jawab manager kata jangan layan. Baik tutup je, pekerja korang pun menyombong macam kita minta dia duit pula. Walhal kita yang bagi duit kat dia.

Bagaimanapun, hantaran Alyah itu menerima kritikan teruk pengikutnya yang mengecam selebriti itu sehingga melabelnya baru keluar ‘gua’.

MENARIK:  Bapa Hamil Sarat Didakwa Rogol Anak Kandung

Ada juga yang menasihati Alyah untuk menjadikan kejadian tersebut sebagai satu pengajaran dan seeloknya menyediakan beg plastik sendiri.

Menyedari hantaran tersebut dikritik, pelantun lagu popular Kisah Hati ini tampil membalas salah satu komen tersebut.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular