Netizen Persoal Puteri Sarah Terima Anugerah Ikon Ibu Tunggal – ‘Rita Rudaini Lagi Layak’

Shopee Sale


puteri sarah anugerah 1

Baru-baru ini pelakon, Puteri Sarah Liyana menerima Anugerah Khas Ikon Ibu Tunggal dalam sebuah Majlis Pelancaran dan Malam Anugerah MommyHana.

Tak layak?

Puteri Sarah

Bagaimanapun, pemilihan Puteri Sarah sebagai ikon ibu tunggal telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata kurang berpuas hati.

Menjengah ke ruangan komen di Instagram sebuah portal, warganet meluahkan pendapat mereka dengan menyatakan bahawa terdapat ramai lagi ibu tunggal yang layak menerima anugerah tersebut berbanding Puteri Sarah.

Antara nama yang dicadangkan oleh warganet adalah pelakon Rita Rudaini, berikutan aktres itu dikatakan sudah lama bergelar ibu tunggal selain kecekalannya dalam menguruskan anak-anak.

Perjalanan hidup Rita dan anak-anak lagi sadis.

Saya suka je dengan Puteri Sarah, tapi kalau ikon tu Rita Rudaini lagi layak. Dah lama semua nampak dia seorang ibu tunggal yang hebat. Anak-anak dijaga dengan baik. Tapi tu la orang cakap rezeki tak pernah salah alamat.

Kalau saya, saya pilih Rita, terlalu bagus dan sangat ikonik. Didik anak semua menjadi.

Dalam pada itu, tinjauan mendapati, bekas ibu mentua Puteri Sarah iaitu Patimah Ismail turut meninggalkan komen sebagai tanda sokongan terhadapnya.

Puteri Sarah layak atau tidak segalanya atas izin Allah!

Difahamkan pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin tersebut, meraih anugerah berkenaan kerana memberi impak positif kepada masyarakat.

MENARIK:  Patimah Ismail Syukur Tahap Kesihatan Makin Baik, Tak Sabar Nak Beraya Dengan Puteri Sarah & Anak-Anak Syamsul

Untuk info, selain Puteri Sarah, pasangan selebriti Nad Zainal dan Engku Ismail turut menerima anugerah khas pada majlis tersebut.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular