Netizen Serang IG Ruhainies Selepas Dicabar Berkhalwat Dengan Aliff Aziz – ‘Harap Jangan Dia, Saya Minat Dia Juga’

Shopee Sale


Nama pelakon jelita, Ruhainies turut terpalit selepas dia didakwa merupakan pasangan wanita yang ditangkap berkhalwat bersama penyanyi, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.

IG Ruhainies diserang

Hasil tinjauan mendapati, ruangan komen Instagram Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas dipenuhi dengan pelbagai persoalan yang tertanya-tanya adakah benar pelakon itu merupakan individu yang dimaksudkan.

Malah mereka mendesak adik kepada pelakon Risteena itu agar membuka mulut dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Tidak kurang juga, ada segelintir daripada wargamaya mula mengecam dan menuduh Ruhainies sebagai penyondol meskipun pelakon itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.

Nama Ruhainies dipetik susulan dia dan Aliff terlibat sebagai pelakon utama sebuah drama bersiri yang kini sedang menjalani penggambaran.

Betul ke Ruhainies?

Wei Ruhainies ni ke yang dimaksudkan?

Kantoi check in

Harap bukan dia lah, minat kot dia ni. Suka cara dia cakap tapi apa-apa pun boleh jadi.

MENARIK:  Kongsi Lagu ‘Aku Maafkan Kamu’, Aliff Aziz Tuju Pada Siapa? – ‘Ku Dihukum Masuk Neraka Oleh Manusia’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular