Nine Putuskan Hubungan Dengan Baifern Sebab Ibu Mengadu Selalu ‘Sunyi’?

Shopee Sale


Industrti hiburan Thailand dikejutkan dengan berita perpisahan pasangan romantis iaitu Nine Naphat dan Baifern Pimchanok.

Punca tak dapat restu ibu?

Berita tersebut disahkan sendiri oleh aktor itu menerusi satu sidang media yang berlangsung pada Khamis. Menurut Nine, meskipun mereka sudah membawa haluan masing-masing tetapi dia dan Baifern tidak bergaduh malah masih menjalinkan hubungan baik sebagai kawan. Mereka turut berjanji akan mengutamakan kerjaya dan memberi sepenuh fokus dengan mengembangkan karier mereka sebagai anak seni.

Difahamkan sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa bahawa keretakan hubungan Nine dan Baifern adalah berpunca daripada ibu aktor itu yang tidak merestui hubungan mereka. Malah ibu Nine pernah meluahkan dirinya ‘sunyi’ kerana anak lelakinya itu banyak menghabiskan masa bersama Baifern.

Menjawab persoalan itu, Nine meminta agar orang ramai tidak menyalahkan ibunya. Nine turut menyalahkan diri sendiri kerana tidak pandai membahagikan masa untuk dua insan kesayangannya itu.

Saya tidak menyesal apa-apa yang berlaku antara kita. Kami tidak bergaduh dan hubungan kami masih baik. Bukan sebab orang ketiga tapi salah saya kerana saya tidak dapat mengimbangi hubungan ini dengan baik.

Bagi saya, Baifern adalah wanita terbaik, cantik dan sentiasa mengutamakan perasaan orang lain daripada perasaannya sendiri. Dia seorang yang hebat yang sentiasa ikhlas dengan semua orang.

Namun apa yang meruntun hati apabila melihat Nine tertunduk dan mengalirkan air mata selepas sesi sidang media itu berlangsung.

MENARIK:  [VIDEO] Pantang Belum Habis, Shila Amzah Sudah Kembali Bekerja – ‘Masih Ada Beberapa Hari Lagi Tapi Kira Halal’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular