Noorkhiriah Tegaskan Tiada Akaun TikTok, Tak Mahu Netizen Salah Faham – ‘Mohon Bantu Report’

Shopee Sale


Noorkhiriah

Pelakon Noorkhiriah meminta jasa baik orang ramai untuk bantu menyekat dan ‘report’ sebuah akaun palsu di TikTok yang menggunakan namanya.

Bantu ‘report’

Noorkhiriah

Noorkhiriah atau nama lengkapnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, menegaskan, akaun TikTok yang menggunakan nama @norkhscw6ui bukan miliknya.

Kata aktres itu, dia tidak mahu sebarang masalah timbul di kemudian hari apabila orang ramai melihat konten yang dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab di akaun berkenaan.

Mohon semua sama-sama lenyapkan TikTok ini. Ini bukan TikTok saya. TikTok saya yang ratus ribu pengikut tu, lupa dah password.

Bukan apa, kadang-kadang mereka (akaun palsu) ini main post sahaja konten, lepas itu yang komen pula kadang-kadang yang tidak tahu hujung pangkal.

Saya tidak mahu mengundang perkara lain. Saya pun tidak lah baik mana. Sisa hidup yang ada sekarang ini ingin hidup tenang sahaja. Maka, tolong report lenyapkan TikTok ini ya.

Noorkhiriah memaklumkan mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instgaram Story miliknya.

Dalam pada itu, Noorkhiriah berkata dia ada berniat untuk tidak lagi aktif menggunakan media sosial memandangkan usianya semakin lanjut.

Dah tua-tua ini kalau boleh sikit demi sikit nak hapuskan bermain media sosial sebelum ke batu dua (batu nisan).

Terima kasih semua yang sudi bantu saya untuk hapuskan akaun TikTok itu.

MENARIK:  Anna Jobling Bakal Kirim 1,000 Kad Raya Sentuhan Sendiri Kepada Peminat Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular