Nora Ariffin Rujuk Semula Dengan Bekas Suami – ‘Semoga Perkara Sama Tidak Berulang’

Shopee Sale


Nora Ariffin

Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli.

Rujuk kembali

nora ariffin 12

Memetik Berita Harian, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Dato’ Haji Wan Ariffin, 53, bersyukur apabila kemelut yang melanda rumah tanggannya akhirnya selesai.

Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan.

Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh edah.

Dalam pada itu, pelantun lagu Di Persimpangan Delima ini meminta semua pihak mendoakan yang baik buat perkahwinannya dan menjadikan insiden yang berlaku sebelum ini sebagai iktibar.

Semoga perkara yang sama tidak berulang.

Imbas kembali, pada 12 Ogos lalu, Nora diceraikan oleh bekas suami menerusi video berdurasi 52 saat yang dimuat naik di Instagram.

Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.

Untuk rekod, pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik kepada suami pertama Nora, Allahyarham Johan.

MENARIK:  Nama Dipetik Sarah Yasmine, Meerqeen Pilih Sibuk Dengan Lakonan – ‘Saya Tiada Apa Nak Komen’

Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular