Noraniza Idris Buka Mulut Isu Poster Konsert Qalam Disamakan Dengan Tahun Baharu Cina

Shopee Sale


Penyanyi Noraniza Idris, tampil menjawab pertanyaan netizen berhubung penataan gayanya dalam poster Konsert Qalam Noraniza Idris yang dijadualkan berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka pada 27 hingga 29 September ini.

Salah satu budaya di Melaka

Menurut Noraniza Idris atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Ani, itu adalah salah satu pakaian tradisi di Melaka.

Budaya Melaka kan, pakai sanggul lintang. Tak tahukah? Melaka ada budayanya. Jadi, kita masuk ke Melaka, kita masuk dengan budayanya. Bukan Chinese New Year. Faham tak?

Tambah Kak Ani, budaya di negeri Melaka juga mempunyai pengaruh besar dari China dan budaya mereka.

Itu, kita pegang keris, bukan macam ini (genggam tangan ala orang Cina). Tengok betul-betul akak punya poster. Memang nampak Cina sebab Melaka kan ada pengaruh China yang besar. Dondang Sayang, Baba Nyonya, betul tak pengaruh dari China itu besar?

Kalau tengok elemen-elemen bangunannya semua kan. Kena faham dan kaji dia punya sejarah.

Terdahulu, Kak Ani memberitahu Konsert Qalam mengetengahkan konsep dalam pertandingan di mana ia menghimpunkan kumpulan tarian etnik yang layak ke peringkat kebangsaan untuk mengiringi persembahannya.

MENARIK:  [VIDEO] Hari Arafah Di Malaysia Jatuh Pada Hari Ahad, Ini Kelebihan Orang Yang Melakukan Puasa Sunat – ‘Akan Diampunkan Dosanya…’

Koreografi bagi kesemua persembahannya untuk ketiga-tiga hari adalah berbeza kerana perlu diadili oleh para juri pada malam konsert tersebut.

Konsert yang dianjurkan oleh Tatih Seni Academy dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya akan diadakan selama tiga hari pada 27 hingga 29 September depan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular