Norman Hakim Jawab Dakwaan Lepas Tangan Isu Marissa Dania, Minta Abby Abadi Henti Buka Pekung Keluarga Di Media Sosial

Shopee Sale


Norman Hakim

Pelakon Norman Hakim meminta bekas isteri, aktres Abby Abadi untuk berhenti berkongsi mengenai isu yang membabitkan anak mereka iaitu Marissa Dania dalam media sosial.

‘Tak pernah sesaat lepas tangan’

Norman Hakim

Kata Norman, tindakan terlalu berlebihan berkongsi di media sosial boleh menimbulkan salah faham.

Malah, aktor itu turut menafikan dirinya bersikap lepas tangan berhubung isu Marissa seperti yang didakwa Abby.

Istighfar, bawak bertenang. Lagi banyak menulis lagi banyak salah faham nanti. Tak pernah sesaat saya lepas tangan.

Dah habis sini sahaja, lepas iftar sesama sambung sembang. Tak perlu semua benda kena kongsi seantero Malaya.

Norman berkongsi mengenai perkara itu menerusi komen yang ditinggalkan pada sebuah hantaran terbaharu yang dimuat naik Abby di Instagram.

Enggan berdiam diri, Abby kemudian membalas komen berkenaan dengan mengatakan dia kecewa terhadap tindakan Norman.

Isu ini isu besar. Selagi tak selesai selagi itu orang akan bercerita. Antara kita memang ini yang berlaku pun. Awak memang sangat mengecewakan. Saya penat menyimpan.

Kesian anak-anak saya dari kecil awak buat sesuka hati awak. Sekarang mereka sudah besar. Jadi tidak perlu kita berbaik pun tidak apa. Tiada beza.

Terdahulu, Abby Abadi akhirnya mengesahkan bahawa Marissa sudah pun bernikah dengan jejaka yang bernama Ahmad Aslam di Thailand menerusi temu bual bersama Gempak.

MENARIK:  Individu Dakwa Leona Berpontensi Hidap Tiroid, Nasihat Buat ‘Check Up’ – ‘Leher Macam Ada Simptom Hyperthyroidisma’

Menerusi temu bual itu juga, Abby turut menceritakan kronologi bagaimana anak perempuannya itu boleh ‘hilang’ dan bernikah senyap-senyap di Thailand bersama Aslam.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular