Norreen Iman Jadi Tetamu Allah Buat Kali Ketiga – ‘Sangat Istimewa Kerana Anak-Anak Dapat Lihat Kaabah Buat Pertama Kali’

Shopee Sale


Pempengaruh dan pelakon Norreen Iman kini sedang menunaikan ibadah umrah buat kali ketiga.

Umrah bersama anak-anak

 

View this post on Instagram

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Norreen atau nama lengkapnya Norreen Iman Abdullah menyifatkan ibadah umrahnya kali ini lebih bermakna dengan kehadiran anak-anak.

Allah telah membawa kami ke sini untuk kali ketiga dan kali ini sangat istimewa bagi kami kerana anak-anak dapat melihat Kaabah buat pertama kali.

Dalam masa yang sama, Norreen berharap dia dan suami dapat menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.

Aku harap bila balik ni, kami akan menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak. Bukan sahaja untuk anak-anak tapi untuk kami.

Dengan doa yang kita minta depan Kaabah, semoga jadi asbab untuk kita sedar yang kita hidup bukan untuk diri sendiri je.

Jadi tetamu Allah

 

View this post on Instagram

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

Menyedari kakhilafan yang pernah dilakukan sebelum ini, Norreen berkata, dia sama sekali tidak menyangka dijemput menjadi tetamu Allah SWT sekali lagi.

Aku ni kadang terfikir, apa yang aku buat sampai senang sangat nak sampai sini? Kita tau diri kita kan. Tak pernah lari dari kesilapan.

Kenapa Allah mudahkan urusan aku bila berkait dengan keluarga? Adakah kerana doa-doa aku yang dulu atau aku faham konsep untuk bersangka baik dengan Allah?Allah tahu segalanya.

Menurut pempengaruh tersebut, kemungkinan Allah SWT ingin memberi peluang untuk memperbetulkan kesilapannya.

Kadang-kadang mungkin bila tersasar, Dia bagi peluang untuk betulkan diri ni balik. Tapi bila dapat betulkan diri ni balik dekat Tanah Suci, dari London lagi aku dah rasa balik ‘spark’ itu. Bila dah rasa, segala-galanya berkait denganNya.

MENARIK:  Jom Menang RM1,000,000! Buka Akaun Simpanan-i AmWafeeq Dengan AmBank Sekarang!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular